Friday, April 24, 2015

Benarkah Armand Azha Nak Penjarakan Najib?


Salah seorang dari kumpulan 5 pemimpin Pemuda UMNO yang dikaitkan dengan gerakan untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Armand Azha Haji Hanafiah telah berulang kali menafikan dia dan kumpulan itu ada membincangkan tentang perkara tersebut (nak guling Najib).

Kata dia, perbincangan itu adalah berkisar tentang strategi kempen di PRK Rompin dan penjelasan mengenai 1MDB.  

Ini yang buat kita sendiri pun tidak faham apa kaitan 1MDB dengan PRK Rompin kerana kalau nak diikutkan, isu GST lebih menonjol berbanding 1MDB. Buktinya, PAS pun guna pendekatan menyerang GST tapi Pemuda UMNO nak berkempen menjelaskan pasal 1MDB!!

Lagipun, setakat 2 hari kempen awal ini, belum lagi kita dengar PAS sentuh apa-apa tentang 1MDB, GST banyaklah.
Sebab itu ramai orang tidak percaya dengan penafian kumpulan berlima ini termasuk penafian Armand sendiri.  Dari penjelasan Armand itu pun dah nampak macam banyak benda tak betul dan seolah ada yang nak disembunyikan.

Keadaan ini bertambah kusut bila ada juga di kalangan puak-puak dia yang cuba menambah, kononnya memang ada bunyi-bunyi menghentam Najib dalam mesyuarat tersebut, tapi kata mereka itu adalah simulasi semata-mata bukan betul-betul nak tumbang Najib.

Simulasi?  Simulasi apa sampai Armand didakwa sebagai berkata nak penjarakan Datuk Seri Najib kalau terbukti ada penyelewengan dalam 1MDB?  Setahu penulis, simulasi ni membayangkan bagaimana cara betul nak menjawab serangan pembangkang, adakah nak penjarakan Najib tu jawapan kepada soalan?

Itu lebih kepada serangan.

Nak penjarakan Najib ya, Armand tak sedar ke berbanding Najib, dia tu yang lebih layak masuk penjara? Setakat yang penulis difahamkan, ada dakwaan yang dibuat orang bahawa Armand ini banyak tipu duit.  Ada yang mendakwa sampai berpuluh-puluh ribu (urusan jual beli kereta).

Belum lagi sebut cerita masa di Perkasa.  Tak kisahlah macam mana pun, yang penting diri sendiri pun tak betul, nak penjarakan orang pulak. Besar sangat ke awak tu (maksud penulis bukan badanlah)?



No comments:

Post a Comment