Thursday, April 9, 2015
Sekadar Soalan Atau Plot Menjatuhkan Najib
Oleh: Rakyat Marhaen
Nampaknya Tun Dr Mahathir bersunguh-sungguh mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Terbaru, penulis difahamkan, Mahathir melalui pegawainya Sufi Yussuf sedang mengaturkan perjumpaan tertutup para perwakilan UMNO untuk berjumpa dengan mantan Perdana Menteri itu.
Perkara itu turut disahkan oleh 'wartawan rasmi' Mahathir yang mendakwa beberapa siri perjumpaan telah diaturkan bagi menarik sokongan mereka untuk 'memaksa' Najib berhenti.
Menurutnya gerakan Tun Mahathir pada ketika ini bukan lagi bersifat 'teguran antara ayah dan anak' tapi merupakan gerakan untuk meletakan orang yang boleh dipercayai untuk memastikan 'legasinya' diteruskan.
"Mohon rakan-rakan semua berada dalam mood 'standby' kerana ayahanda Tun sedang menyusun jadual perjumpaan bersama Ketua-Ketua UMNO dan perwakilan bahagian.
"Insyallah sekiranya ramai yang sanggup hadir untuk menyatakan sokongan terhadap ayahanda Tun, gerakan untuk memaksa Najib berundur, pasti berjaya" memetik kiriman pesanan SMS yang ditunjukkan kepada penulis.
Menurut 'wartawan rasmi' itu lagi Sufi sedang cuba menyakinkan para perwakilan Umno yang marah dengan Najib agar berjumpa dan bercakap sendiri dengan Mahathir.
Malah ada juga yang diberikan 'token' sebagai galakan kepada mereka untuk meyakinkan rakan-rakan yang lain.
Para penyokong Mahathir sebelum ini mendakwa kritikan Tun M hanya bertujuan untuk memastikan kepimpinan negara berada di landasan yang betul.
Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, itu hanya merupakan 'cerita samping @ nasi tambah' semata-mata yang menyakinkan mereka.
Sedangkan pada hakikatnya, Mahathir mahu mengulangi sejarah politik negara sebagai orang yang bertanggungjawab 'membunuh' Perdana Menteri buat kesekian kalinya. (bersambung...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment