Wednesday, April 1, 2015

GST: Isunya Bukan 6% Tapi Sistem Cukai Tersebut


Kalau nak diikutkan, ramai di kalangan rakyat Malaysia ini membazir untuk banyak benda.  Kadang-kadang duit mengalir begitu saja untuk benda-benda yang kalau difikirkan tak lah mendatangkan faedah sangat.

Sebab itu penulis tak percaya, dengan tabiat mengalirkan duit begitu, ada orang begitu kisah nak bayar tambahan 6% untuk barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST.  6%, bukan RM 6.

Jadi apa yang isu sangat GST ni sehingga dimomokkan pembangkang sebagai satu benda yang jahat?  Penulis nak katakan disini bahawa isunya bukan sangat tentang 6% tu tapi lebih kepada sistem itu sendiri.

Sistem GST ini begitu efisien sekali sehinggakan kerajaan boleh tahu berapa banyak yang keuntungan yang peniaga ambil ke atas barangan atau perkhidmatan yang dikenakan mereka.

Bagi para peniaga, keadaan ini menekan mereka kerana tidak lagi boleh mengenakan untung berlebihan, pakatan menetapkan harga untuk mengawal pasaran dan sebagainya.  Ini yang masalah tapi cuba dialihkan dengan berkata rakyat terbeban dengan 6% jumlah cukai yang dikenakan.

Pendek kata, majoriti yang marah GST ini adalah golongan peniaga sebab tak boleh nak tetap margin keuntungan ikut suka hati macam dulu.  Lantaklah dengan peniaga inipun, yang penting rakyat.

Majoriti rakyat negara kita sudah biasa dengan kenaikan harga barang.  Kalau tidak, taklah dulu nasi lemak RM 0.50, sekarang dah 5-6 kali ganda daripada itupun, orang masih tak berhenti makan nasi lemak.

Sebab itu penulis katakan 6% atau tidak bukan masalah, tapi lebih kepada sistem yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment