Sebut saja nama Mahathir dengan mendiang Lee Kuan Yew, ramai yang nampak permusuhan antara dua bekas Perdana Menteri berlainan negara tersebut.
Bagi yang puja Mahathir, renggang Mahathir dengan Kuan Yew ni adalah atas sebab Mahathir seorang nasionalis dan patriotik. Mahathir katanya masih tak puas hati Singapore dikeluarkan dari Malaysia oleh Kuan Yew tahun 1965 dulu
Nak tahu? Itu semua bullshit!!
Cerita ini takde kena mengena dengan siapa jadi nasionalis atau patriotik tapi lebih kepada pertembungan antara 2 ego sama yang lebih berjaya menguruskan negara, terutama dari segi ekonomi.
Sekalipun masa Kuan Yew bersara pada 1990, Singapore belum lagi capai taraf negara maju, tapi negara pulau itu sudah beberapa tiang dari segi ekonomi di depan Malaysia yang dipimpin Mahathir
Bila Singapore capai taraf negara maju tahun 1996, lagi Mahathir rasa ketinggalan dan bila-bila masa boleh dipersoalkan pencapaiannya dari segi ekonomi berbanding dengan Kuan Yew. Ini tak boleh jadi kata Mahathir.
Sebelum itu berlaku (dibandingkan dengan Kuan Yew) Mahathir bina 'tiang-tiang' tertinggi di dunia supaya Singapore terselindung dari pandangan dunia dan orang nampak Malaysia saja.
Begitu juga dengan projek Segenting Kra dimana pembangunan Pulau Langkawi adalah salah dari satu kesannya, itu semua perancangan Mahathir untuk 'bunuh' ekonomi Singapore. Tapi projek pada skala mega itu tidak berjaya kerana tak dapat kerjasama kerajaan Thailand.
Jadi persaingan itu berlaku sepanjang masa, sehingga Mahathir bersara tahun 2003.
Persamaan mendiang dengan Mahathir, dua-dua kongsi cara yang sama untuk kekal memerintah negara masing-masing berdekad-dekad lamanya - keras dan tegas, hampir mencapai standard kuku besi seperti di dakwa banyak pihak.
Sementara Mahathir ada ISA, Akta Hasutan dan sebagainya, Kuan Yew di Singapore ada semua itu cuma dalam masa yang sama, Kuan Yew turut saman semua pengkritiknya (termasuk pemimpin pembangkang) sehingga ada yang lari ke Johor 'tinggal seluar dalam' saja.
Kebebasan media hampir tidak ada, semuanya dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan mahupun parti pemerintah. Dari segi itu (kebebasan media) sudah banyak yang berubah di Malaysia, situasi hampir tidak berubah di Singapore walaupun dalam dunia yang serba canggih hari ini.
Begitupun, dengan berkata begitu bukan mengatakan tindakan kedua-dua mereka itu salah. Singapore dan Malaysia berkongsi masalah sama - menguruskan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama, maka itu penggunaan akta keras seperti ISA dan sebagainya, memang perlu untuk menjamin keselamatan majoriti yang lain..
Cauma nak kata, itulah juga faktor yang meletakkan Kuan Yew dan Mahathir setaraf. Agak pelik kenapa ada pihak di negara ini boleh terima karekter Kuan Yew di Singapore, tapi tak boleh terima watak sama yang Mahathir mainkan disini ketika berkuasa?
Marah Mahathir guna ISA, kawal media dan sebagainya, tapi Singapore yang jauh lebih keras dari itu, mereka tidak pulak bercakap apa-apa sehinggakan bila Kuan Yew mati, penghormatan yang diberikan nampak berlebih-lebihan.
No comments:
Post a Comment