Saturday, March 14, 2015

Polis Patut Siasat Dakwaan Mahathir Gelapkan RM 100 Billion Wang Negara


Menurut Mahathir, laporan Sarawak Report mengenai penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB patut disiasat kerana katanya kalau perkara itu tidak ada asa, orang yang membuat laporan itu tidak akan bersusah payah membuat pendedahan termasuk berhadapan risiko disaman.

Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan sama, maka kita juga mahu pendedahan yang dibuat penulis Barry Wein dalam buku "Malaysian Maverick Mahathir Mohamad In Turbulent Times" bahawa Mahathir telah menggelapkan wang negara sebanyak RM 100 billion sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri, turut disiasat oleh pihak polis.

Apatah lagi RM 100 billion hari ini, tidak sama nilainya dengan RM 100 billion yang didakwa digelapkan Mahathir dari 1981 hingga 2003.

Kenapa tidak?  Laporan Sarawak Report yang lebih banyak kepada 'hearsay' dan salinan komunikasi yang belum tentu betul itupun Mahathir guna pakai untuk tuduh kerajaan, kenapa tidak tulisan Barry Wein?  

Nak kirakan, dua-dua pun ada 'fakta' juga.

Apatah lagi, berbanding 1MDB dengan hutang RM 49 billion (aset RM 51 billion) belum lagi bankrap (seterusnya merugikan negara), RM 100  billion yang Barry Wein kata Mahathir dah gelapkan tu, dah lesap - dengan apa cara pun tidak boleh diperolehi kembali.

Ini perlu dilakukan segera kerana rakyat mahu tahu disebalik banyak kejayaan yang Mahathir capai untuk negara ini sepanjang 22 tahun, apa yang dia perolehi untuk kepentingan dirinya sendiri.  Masih 20% untuk semua benda atau pun bagaimana?

Penulis tak rasa 2 anak Mahathir jadi billionaire (dari beberapa kerat billionaire Melayu) kerana bijak berniaga, tanpa langsung menggunakan kedudukan Mahathir.

Hanya orang bodoh saja yang percaya itu dan penulis serta jutaan rakyat Malaysia yang lain bukanlah bodoh 


1 comment:

  1. Mahathir sendiri suruh dan alu alukan disiasat. Lagipun dia dah xdak kuasa, xle buat pa dh, xmcm jib yg da kuasa sekarang ni. Pi suruh jib siasat Tun lah

    ReplyDelete