Tuesday, March 3, 2015

Melawan Persepsi Negatif Terhadap DS Rosmah


Kalau boleh dikatakan, tugas melawan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah Mansor ini adalah yang paling sukar sekali.  Bukan tentang fakta atau penjelasan, tapi khalayak yang diperlukan untuk menyokong fakta mahupun penjelasan tersebut.

Bayangkanlah, bila beliau dikutuk kerana pergi Mekah menunaikan ibadah haji pun, ada dikalangan penyokong kerajaan macam segan untuk mempertahankan, apa lagi bila beliau mengulas caj RM 1,200 yang nak dikenakan ke atasnya kalau nak mengadakan perkhidmatan dandan rambut di rumah.

Walhal faktanya, bukan beliau bayar RM 1,200 pun tapi sekadar bercakap caj yang nak dikenakan ke atas perkhidmatan tersebut, itupun tak cukup-cukup huruf penyokong pembangkang memaki.

Macamlah suami beliau tak bekerja saja lagaknya.  Walhal kita pun tahu kemampuan itu ada, malah lebih dari itu pun kalau nak buat, tapi seperti yang dijelaskan bukan Rosmah membayar jumlah itu tapi caj yang nak dikenakan ke atas perkhidmatan tersebut.

Tiga kali ulang dah tu, tak faham juga memang bebal tahap tinggilah.

Dalam masa yang sama, ada Anwar yang sudah disahkan sebagai peliwat oleh Mahkamah, siap bukti saintifik untuk menyokong sabitan tersebut melalui ekstrak DNA yang diperolehi dari kepala spermanya yang dijumpai dalam rektum Saiful, ramai yang masih menyokong
Bukan setakat menyokong, malah mati-matian mengatakan fakta itu palsu dan keseluruhan episod pendakwaan ini adalah satu konspirasi, walaupun tidak ada bukti sama sekali untuk menyokong dakwaan tersebut.

Persoalannya sekarang, kenapa ramai tidak percaya Anwar peliwat (disebalik semua bukti kukuh yang menunjukkan dia meliwat), tapi mudah percaya cerita bohong yang ditulis tentang Rosmah?

Yang penulis nampak, ia adalah kerana penyokong pembangkang, tak kira apa latar belakang, tak kisah meletakkan diri mereka setaraf orang paling bodoh dalam dunia demi menyokong Anwar.  Lebih-lebih lagi yang konon bijak ni, bila mereka pun sanggup dilihat bodoh demi Anwar, apa lagi yang dah memang bodoh dibawah.

Maka itulah macam mana kukuh bukti pun, ada saja alasan untuk mengatakan keseluruhan proses itu tipu.

Sementara penyokong kerajaan, baik yang di alam maya mahupun di alam realiti, tidak semua yang sanggup ke depan membetulkan apa yang salah dikatakan mengenai Rosmah, antara lain kerana Rosmah tidak terbabit dalam politik.

Yang lebih teruk, dia pun ikut sekali mengutuk.  Sebab itulah sekukuh mana pun fakta dan penjelasan, persepsi negatif masih tidak boleh diubah

Walaupun hujah itu betul (Rosmah tidak terbabit politik) tapi ia patut berubah sebab pembangkang giat memanipulasi faktor Rosmah ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Tak boleh lagi give-up dengan mengatakan nanti orang akan diam sendiri.

Memang diakhirnya orang akan give-up dan apa pun yang dijadikan isu itu akan berlalu macam ditiup angin, tapi persepsi negatif itu akan kekal selamanya kalau tak dipatahkan awal-awal.

No comments:

Post a Comment