Sunday, March 15, 2015

Isunya Bukan 1MDB Tapi Hipkoritnya Mahathir


Penulis bersetuju dengan pandangan bahawa rakyat tidak begitu peduli dengan isu-isu berkaitan 1MDB.  Realitinya penulis lihat sendiri, di kedai kopi tepi jalan - tempat paling sesuai nak tengok respon rakyat tanpa kira fahaman parti.

Orang macam Tun Mahathir, atas kekangan kesihatan dan kedudukan, tak mungkin tahu perkara ini sebab tak minum pagi di tepi jalan.

Bila Mahathir tulis 29 perkara paling mengarut tentang 1MDB dan Datuk Seri Najib baru-baru ini, ia memang jadi topik perbualan kedai kopi tapi bukan sebab 1MDB, sebaliknya Mahathir kritik Najib.  1MDB? Hampir langsung tak disentuh.

Antara banyak sebab kenapa ia jadi begitu adalah kerana rakyat masih belum lupa banyak benda hampir serupa yang berlaku zaman Mahathir tapi ia senyap macam itu sahaja tanpa siasatan atau apa juga bentuknya yang Mahathir mintak dilakukan ke atas 1MDB hari ini.

Siapa pernah dengar siasatan dijalankan atas semua projek penswastaan zaman Mahathir yang gagal, termasuk wang yang dikeluarkan untuk menyelamatkan (bail out) semua syarikat berkenaan?  Siapa pernah dengar siasatan kerugian RM 30 billion Bank Negara, RM 11 billion oleh Perwaja dan sebagainya?  

Paling penting, siapa pernah tanya bagaimana dari tak sampai 5 billionaire Melayu di negara ini, 2 tu anak Mahathir? Kebetulan, takdir, memang dah macam itu, duit turun dari langit atau macam mana?  Ini yang patut disiasat, bukan persoal anak tiri Najib yang buat untung beratus juta dari hasil filem.

Anak tiri pun, bukan anak betul.  Takdak darah Tun Razak sama sekali yang nak bolehkan dia warisi harta arwah ayah Najib tu.

Banyak lagi kalau nak sebut, tapi semua orang tahulah.  Bukan kita menuduh ada yang salah atau ada yang korup dalam semua hal tersebut, tapi sekadar nak kata, tidak ada siasatan atau apa bentuk seperti itu dilakukan semasa tuduhan dibuat.

Kalau alasannya tak ada siasatan sebab pembangkang yang buat tuduhan, apa beza dengan serangan terbaru ke atas 1MDB yang dimulakan portal pro pembangkang Sarawak Report?

Sebab itu semuanya nampak hipokrit bila Mahathir desak audit, polis, forensik dan sebagainya untuk siasat semua yang dakwanya tak kena dengan 1MDB.  Walhal Najib awal-awal dah kata tidak akan melindungi sesiapa dalam isu berkaitan 1MDB.

Tanpa ramai sedar, bila Najib kata beliau tidak akan melindungi kesalahan sesiapa dalam konvensyen UMNO Kedah semalam, ia sebenarnya merupakan serangan tepat ke muka Mahathir.  Sebabnya, kita tahu Mahathir ketika berkuasa banyak kali menghalang siasatan dijalankan ke atas kroni-kroninya seperti Daim Zainudin atas pelbagai dakwaan menggelapkan duit negara.

Sekali lagi, bukan kata Daim bersalah tapi waktu itu tidak ada apa bentuk siasatan pun yang dijalankan bagi melepaskan Daim dari sebarang tuduhan salah laku seperti yang Mahathir desak dilakukan ke atas 1MDB hari ini.  

Kes liwat Anwar pun Mahathir cuba sembunyikan pada mula, tak percaya kononnya.  Dari1993 lagi polis dah bagitahu yang Anwar peliwat tapi Mahathir tak percaya dan arah siasatan dihentikan.  Bila kawan tu cuba rampas kerusi Presiden UMNO, barulah nak ambil tindakan. 

Jadi inilah isu yang sebenar, bukan pada 1MDB, lebih kepada hipkorit Mahathir.

No comments:

Post a Comment