Friday, March 13, 2015

Mahathir Mudah Lupa Dia Pun Sama (Siri 1)

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, hari ini memalukan gendang perang ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila menulis catatan 29 para mempertikaikan kekayaan anak tiri Najib Razak dan pengurusan 1 Malaysia Development Berhad.

Antaranya Tun Mahathir menulis, 

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

Serangan Mahathir ke atas anak tiri Mohd Najib, Riza Aziz, sangat tidak munasabah dan menunjukkan agenda beliau bukan lagi untuk kepentingan negara tetapi kepentingan kumpulan beliau yang makin tersisih daripada pentadbiran Mohd Najib.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Mahathir mengenai Riza Aziz merupakan satu fitnah yang luar biasa dan memalukan untuk diutarakan oleh seorang bertaraf negarawan. 

Memang ramai orang percaya apa Mahathir cakap. Namun berlaku adillah kepada Najib sendiri dengan menilai fakta yang ada bukan apa yang Mahathir cakap. 

Pada usia hampir 90 tahun Mahathir bukan lagi seorang pemikir yang hebat dan mempunya maklumat yang tepat seperti mana beliau menjadi Perdana Menteri. Sumber maklumat dan fakta Mahathir ketika Perdana Menteri dengan sekarang sangat jauh berbeza.

Mahathir sebagai PM mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan kumpulan yang besar membolehkan beliau membuat keputusan yang tepat. 

Malangnya, Mahathir hari ini hanya mendapat maklumat dari kumpulan yang menentang Najib Razak dan gosip-gosip dari ahli perniagaan, bekas pegawai kanan kerajaan yang telah pencen dan ahli politik berkepentingan.

Pernahkah kita terfikir Mahathir akan merendahkan dirinya menulis fakta palsu dan menyerang orang lain?

Mahathir menyerang Riza Aziz berdasarkan maklumat Sarawak Report. Jika sumber Sarawak Report dianggap satu yang perlu diberi perhatian, maka Mahathir perlu menjawab pelbagai tuduhan korupsi dan salah guna kuasa yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas dirinya, anaknya dan keluarganya. Pernah Mahathir jawab?

Kenyataan Mahathir bahawa Riza Aziz membeli rumah mewah di Amerika Syarikat dari usahawan Jho Low merupakan satu kenyataan yang dibuat tanpa sebarang bukti mahu pun fakta yang boleh dipertahankan.

Sekarang kita cabar Mahathir tunjukkan di mana bukti Riza Aziz beli rumah dari Jho Low. 

Apakah rumah yang dipertikaikan oleh Mahathir dan apakah bentuk pembeliannya, tunai atau melalui pembiayaan kewangan?

Kita juga mahu cabar Mahathir tunjukkan bukti bila dan di mana Riza Aziz atau Najib Razak membuat kenyataan bahawa harta kemewahan Riza Aziz adalah harta warisan Tun Razak.

Tidak pernah timbul harta warisan Tun Razak kepada Riza Aziz kerana beliau bukan cucu Tun Razak mahu pun anak Najib Razak. Riza Aziz adalah anak Datin Seri Rosmah dari perkahwinan pertama beliau dahulu.

Riza Aziz tidak mencari projek mahu pun pendapatan melalui kontrak kerajaan di negara ini. Justeru, bagaimana beliau memperolehi wang atau menjalankan perniagaannya tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan Malaysia mahu pun UMNO apatah lagi Mahathir.

Mahathir begitu emosional ketika mahu menyerang Najib Razak sehingga mahukan laporan kewangan, cukai dan perniagaan Riza Aziz.

Soalnya selama 22 tahun beliau memerintah negara, dua anaknya menjadi billionaire, seorang jutawan dan seorang lagi hidup mewah tanpa kerja di dalam negara  ini.

Boleh Mahathir tunjuk rekod bagaimana anaknya menjadi kaya raya semasa beliau menjadi Perdana Menteri?

Sebelum Mahathir membelasah seorang usahawan Melayu di luar negara hanya kerana beliau percaya "mamat ini" menipu duit 1MDB, Mahathir perlu jelaskan bagaimana anak beliau boleh menjadi billionaire.

Beliau juga perlu menjelaskan bagaimana anaknya Mukhriz Mahathir memiliki beberapa kediaman mewah di ibu kota semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Mahathir telah membuat keputusan beliau mahu menjatuhkan Najib Razak. Sesiapa sahaja yang menghalang beliau akan menerima padah. 

Sesiapa juga yang rapat dengan Najib Razak akan berhadapan dengan tuduhan dan gosip jahat Mahathir. 

Modus perandi sama beliau gunakan ke atas almarhum Tunku Abdul Rahman, allahyarham Tun Hussien Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Diketika umur mendekati kematian, Mahathir masih mahu mengejar dunia kononnya atas perjuangan bangsa, agama dan negara. 

Cukup-cukuplah Tun Mahathir!

No comments:

Post a Comment