Friday, March 6, 2015

Tony, Mahathir Memang Tak Saman, Dia Masukkan Kau Dalam Kamunting Saja


Tony Pua nampaknya begitu bengang sekali kerana menjadi ahli parlimen pertama yang disaman oleh seorang Perdana Menteri negara ini akibat terlanjur memfitnahnya dalam isu 1MDB.

Dengan cepat Tony Pua membandingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas-bekas Perdana Menteri terdahulu yang menurutnya tidak pernah menyaman sesiapa.

Ini hujah dangkal.  

Hanya kerana Perdana Menteri terdahulu tidak saman sesiapa, tidak bermaksud Najib juga perlu ikut jejak langkah sama.  Kenapa dalam Tony sendiri sibuk nak mengubah sana sini di negara ini, tapi dalam soal saman, Tony nak Najib ikut jejak langkah Perdana Menteri sebelum beliau?

Kata zaman dah berubah, pendekatan Perdana Menteri hari ini juga perlu ikut berubahlah.

Tony jangan lupa, Perdana Menteri sebelum Najib seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah dan lain-lain, memang tidak pernah menyaman sesiapa kerana mereka semua ada kelebihan eksklusif untuk menutup mulut pengkritik masing-masing - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Zaman itu cakap banyak tengok, tak sempat malam dah masuk Kamunting.  Dalam kes Paklah lagi teruk, seorang ahli Parlimen DAP dan seorang wartawan akhbar cina, dimasukkan ke dalam tahanan ISA atas alasan nak melindungi keselamatan mereka!!

Adakah ini yang Tony mahu Najib lakukan?  Nanti keluar isu lain pula.

ISA pun sudah dimansuhkan Najib dan beliau tidak ada leverage menggunakan ISA untuk menutup mulut pengkritiknya macam bekas-bekas Perdana Menteri sebelum beliau.  Apa lagi yang tinggal melainkan saman?

Lagipun, undang-undang membenarkan Najib menyaman sesiapa sahaja yang cuba memfitnah beliau, Tidak ada satu peruntukan dalam undang-undang yang menghalang seorang Perdana Menteri dari menyaman sesiapa.

Di Singapura (negara kiblat DAP), adalah tersangat lumrah Perdana Menteri negara itu menyaman siapa juga yang mengkritiknya.

Cuma nasib baik Tony tidak mempersoalkan saman ini dari sudut kebebasan bersuara sebab dia sendiri pun banyak saman pihak yang tidak sebulu dengannya, terutama Utusan.

No comments:

Post a Comment