Tujuan utama Mahfuz dan rombongannya memperalatkan keluarga pembunuh Altantunya, Sirul Azhar Umar sehingga ke Australia, ialah untuk mendapatkan nama siapa yang kononnya mengarahkan Sirul untuk membunuh model Mongolia itu.
Kemudian, nama itu nak dijadikan modal politik, sekalipun Mahfuz bersunguh-sungguh menafikan tujuan membawa keluarga Sirul ke Australia ini, bermotifkan politik - Mahfuz ingat dia bodohkan siapa?
Yang pentingnya, itu tujuannya Mahfuz ke Australia yang kita tahu - nak dapatkan nama dari Sirul untuk dipolitikkan..
Tapi jadi hairan bila media pro pembangkang seperti Sinar Harian, memainkan soal 'air mata' antara Sirul dan ibunya semasa pertemuan itu. Dengan Mahfuz sendiri pun mengaku menitiskan air mata juga.
Sehingga menjelmakan soalan, air matakah yang Mahfuz cari bila ke Australia bersama keluarga Sirul? Kalau bukan, kenapa itu yang diketengahkan?
Patutnya kegagalan Mahfuz membuat Sirul bercakap itu yang diketengahkan, bukan air mata antara ibu dan anak, itu biasalah. Lebai-lebai bodoh PAS disini menantikan nama yang kononnya akan disebutkan Sirul.
Sudahlah tempoh hari penipuan panggilan telefon tak menjadi, dah sampai ke Australia pun masih nak berbohong lagi?
Dalam masa yang sama, memandangkan PAS sekarang menggerakkan inisiatif 'misi kemanusiaan' membawa keluarga rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara, kenapa tidak inisiatif ini diperluaskan ke seluruh negara lain juga, bukan semata-mata Australia, bukan semata-mata Sirul.
Ada 72 orang banduan rakyat Malaysia di China, 10 di Peru - keseluruhannya, hamipir 2000 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara dengan majoriti terlibat sebagai keldai dadah, semua mereka berharap untuk berjumpa ahli keluarga masing-masing seperti mana Sirul kelmarin.
Oleh yang demikian, untuk menyokong dakwaan bahawa lawatan keluarga Sirul ke Australia ini tidak bermotifkan politik (sebaliknya kemanusian), maka Mahfuz perlu juga keliling dunia membawa keluarga banduan rakyat Malaysia yang lain.
Barulah dikatakan adil, tak gitu?
No comments:
Post a Comment