Tak sampai beberapa jam selepas Mahathir menyerang 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak fakta dari tulisannya itu mula dibuktikan sebagai tidak benar.
Antaranya fakta mengenai filem anak tiri Najib, Riza Aziz yang dikatakan rugi oleh Mahathir (tapi sebenarnya untung), Jho Low dan sebagainya. Penulis percaya, menjelang esok, akan ada lebih banyak fakta menyanggah dakwaan Mahathir muncul di sana sini.
Tapi percayalah, Mahathir bukannya peduli. Sekalipun 1000 kali dia dibuktikan silap, dia tetap macam itu, My Way lah katakan.
Bagaimanapun, yang lebih menarik perhatian penulis ialah banyak tuduhan Mahathir ke atas Najib dan 1MDB kali ini adalah berdasarkan laporan tidak tepat sebuah portal pro pembangkang, Sarawak Report yang katanya berpengkalan di London.
Gerakan Mahathir menggunakan media pro pembangkang untuk menyerang kepimpinan Najib sudah lama dalam pengetahuan cuma tidak sangka Sarawak Report jadi pilihan bukan media seperti Malaysiakini dan sebagainya.
Persoalannya sekarang, kenapa Sarawak Report? Adakah Mahathir sendiri yang menyalurkan semua maklumat tersebut kepada Sarawak Report yang kemudiannya digunakan kembali oleh Mahathir untuk menyerang Najib?
Adakah semua laporan, transkrip dan pelbagai lagi yang didakwa 'bukti' itu sebetulnya disalurkan sendiri oleh Mahathir kepada Sarawak Report untuk disiarkan dan dia sendiri boleh cuci tangan?
Penulis rasa perkara ini ada kebenarannya kerana Mahathir jarang/tidak pernah menggunakan maklumat dari portal pro pembangkang sebagai asas untuk tulisan dalam blognya. Kali ini berbeza apabila Mahathir menggunakan bulat-bulat laporan dari Sarawak Report untuk menggesa siasatan dijalankan ke atas 1MDB dan menyerang Najib.
Harap Mahathir boleh mengaku.
No comments:
Post a Comment