Ramai Ketua Cawangan UMNO mengadu menerima surat layang yang dihantar pihak tidak dikenali ke rumah mereka. Surat layang itu menceritakan tentang kononnya penyelewengan yang dilakukan oleh 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Paling menarik minat penulis ialah bukan tentang isu 1MDB yang ditulis di dalam surat layang berkenaan kerana semuanya sudah ada penjelasan, penulis lebih berminat dengan siapakah yang bertanggungjawab melakukan kerja bodoh macam ini?
Ada kata ini kerja Pakatan Rakyat, tapi bagi penulis melihat ini kerja orang dalam UMNO yang bersekongkol dengan kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.
Lagipun masuk akalkah Pakatan dapat memperoleh maklumat seperti nama dan alamat semua ketua cawangan itu untuk dihantarkan surat layang.
Kenapa penulis kata Mahathir terlibat, mudah, perkara yang dibangkitkan dalam surat layang itu, sama dengan tulisan Mahathir dalam blognya baru-baru ini mengenai 1MDB.
Mahathir pula menggunakan sumber dari Sarawak Report; yang mana kita percaya Mahathir juga yang membekalkan maklumat itu kepada portal pro pembangkang terbabit untuk disiarkan bagi mengelakkan dia disaman kerana menyebar maklumat palsu.
Portal Sarawak Report ini sukar nak disaman kerana berpengkalan di London.
Selain dari itu, sekalipun kedua-dua pembangkang dan Mahathir menggunakan 1MDB untuk menjatuhkan Perdana Menteri, pendekatan yang dipilih kedua-duanya berbeza. Pembangkang cenderung memperjuangkan perkara ini sendiri sementara kumpulan Mahathir lebih ke arah merosakkan pemikiran ahli-ahli UMNO.
Jika semua masih ingat, awal 90-an dulu Mahathir pernah menggunakan pendekatan surat layang ini untuk menjejaskan sokongan terhadap Semangat 46 dengan menyebarkan gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai tengkolok yang bertanda salib semasa melawat Sabah.
Penyebaran tersebut ternyata memberi kesan besar kepada keputusan pilihanraya umum 1990 sekalipun BN kehilangan Kelantan, termasuk kalah di semua kerusi DUN dan Parlimen.
Atas semua fakta yang disebutkan di atas, jelaslah bahawa penyebaran surat layang kepada semua cawangan UMNO ini adalah kerja kumpulan Mahathir.
No comments:
Post a Comment