Sesiapa yang hidup pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, pasti masih ingat nikmatnya hidup tanpa membayar cukai kerana pada waktu itu memang kerajaan negara ini adalah satu-satunya di dunia yang bebas cukai.
Malah sistem cukai SST yang lebih tinggi nilainya dari GST ini pun, tidak wujud pada zaman Mahathir. Ia diperkenal pada tahun 70-an, berhenti dari 1981 hingga 2003 dan kemudian bersambung semula sehinggalah digantikan dengan GST bulan depan.
Tanyalah sesiapa pada waktu itu, ketika mereka makan KFC atau McDonald, mana ada cukai 6%!!
Cukai itu dikenakan pada zaman selain ketika Mahathir jadi Perdana Menteri.
Yang kata cukai korporat sampai 30% itupun, bukan berlaku pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri tapi ia berlaku di negara lain, entah siapa yang fitnahkan ia berlaku di zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.
Jahat sungguh orang itu (penyebar fitnah).
Begitu juga dengan cukai kereta import yang lebih mahal dari harga kereta itu sendiri pun sehingga rakyat tidak ada pilihan melainkan membeli kereta Proton, itu juga tidak berlaku pada zaman Mahathir.
Ia berlaku di zaman lain dan pada negara yang lain juga, bukan pada negara ini, lebih lagi pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.
Untuk makluman, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menjual Proton. Kenderaan itu turut dieksport ke luar negara juga. Gambaran cukai yang disebutkan di atas, boleh berlaku pada mana-mana negara berkenaan, bukan Malaysia.
Mahathir terlalu bijak untuk mencari sumber kewangan negara selain dari mengutip cukai dari rakyat.
Jadi Mahathir betul bila berkata GST akan menyebabkan kerajaan hilang undi kerana menambah banyak cukai walaupun GST hanya menggantikan sistem cukai sedia ada.
Lagipun rakyat hari ini sesungguhnya semakin celik matematik, sebab itu mereka setuju dengan cakap Mahathir bahawa 16% (nilai cukai sekarang), adalah lebih rendah nilainya dari 6% (nilai GST).
Tolonglah....
Nota kaki: Artikel ini diterbitkan dengan pengetahuan bahawa kenyataan Mahathir mengenai GST dan hilang undi telah diputar belitkan oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment