Monday, March 9, 2015

Menang 43 Undi Tak Letak Jawatan, Inikan Disokong 160 Ketua Bahagian


Apakah bodohnya pihak-pihak yang memandang ketidakhadiran 30 Ketua Bahagian dalam  perjumpaan dengan Presiden UMNO semalam sebagai bukti ada gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang 160 Ketua Bahagian datang tu (161 termasuk Najib sendiri) nak diumpamakan macam mana?

Alangkah dalam sejarah pernah ada Presiden UMNO menang hanya 43 undi dari l1,479 perwakilan pada tahun 1987 pun tidak didesak letak jawatan waktu itu, inikan pula yang dapat sokongan 160 dari 191 bahagian UMNO!!

Tidak logik sama sekali.

Pulak tu ramai dari yang tidak hadir itu adalah ketua bahagian yang ada jawatan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya, malah Timbalan Perdana Menteri pun salah seorang yang tidak hadir. Mereka ini ada tugas yang perlu dijalankan, sebab itu tidak hadir, bukan sebab wujud gerakan nak jatuhkan Presiden.

Lebih penting lagi kena ingat bahawa perjumpaan semalam bukan diminta Perdana Menteri tapi oleh  semua ketua bahagian yang berkenaan untuk dapat penjelasan lebih lanjut tentang 1MDB

Sekalipun kalau benar dakwaan kata wujud gerakan, orang-orang ini sama ada meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan, tapi itu tak berlaku. Hebat Datuk Najib kalau masih simpan orang yang nak jatuhkan beliau.

Memang jawatan ketua bahagian adalah dipilih secara demokratik, tapi jawatan kabinet, Menteri Besar dan sebagainya adalah kuasa hampir mutlak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. 

Disebutkan hampir mutlak kerana dalam hal perlantikan Menteri Besar, ia perlu mendapat perkenan Sultan.

Jadi, tukang buat cerita seumpama ini sama ada gila atau tergolong dalam golongan yang tersangat tidak cerdik politik tapi nak tunjuk macam tahu semua.

Hentikan lah buat cerita tak betul ni, buat malu diri sendiri saja.

No comments:

Post a Comment