Gambar Hiasan |
Forbes memang tak patut kerana menyiarkan senarai 9 Melayu terkaya dimana salah seorangnya ialah anak kepada bekas Perdana Menteri paling jujur dan bersih dalam sejarah Malaysia - Tun Mahathir Mohamad.
Tak patut sebab, penyiaran berita seumpama itu, pada waktu seperti ini, adalah tidak adil kepada negarawan ulung tersebut yang sedang giat mempromosikan kesucian dirinya di mata semua orang.
Cuba fikirkan, dimanakah eloknya bila Mahathir menuduh anak tiri Perdana Menteri membina kekayaan hasil hubung kait dengan 1MDB (Jho Low dan segalanya), anaknya sendiri tersenarai sebagai antara 9 Melayu terkaya?
Dalam keadaan sekarang, semua ini nampak tak betul dan tak selari dengan perjuangan Mahathir sebagai negarawan. Ia ibarat bawak kereta pada gear 5, tiba-tiba masuk gear mengundur, kereta jahanam, yang bawak kereta pun jahanam - dalam kes ini, Mahathir adalah kereta dan yang bawa kereta sekaligus.
Apa pun, kita bersangka baik sajalah bahawa kekayaan anak Mahathir ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan bapanya pada satu ketika dulu.
Kita kena ingat, anak-anak Mahathir semuanya bersekolah di dalam negara dan di sekolah kerajaan, tak mungkin sebijak anak-anak orang yang belajar di sekolah swasta atau di luar negara.
Tapi sementara anak-anak orang yang belajar di sekolah swasta dan luar negara ini tak tersenarai antara Melayu terkaya di Malaysia, anak Mahathir yang sekolah kerajaan berjaya duduk dalam senarai itu.
Mungkin ini hasil berjimat wang belanja sekolah dulu. Hidup Mahathir yang serba kekurangan ditambah dengan sikapnya menolak sebarang korupsi dan salahguna kuasa, menjadikan anak-anaknya penjimat, itu yang menabung lama-lama, hari ini boleh jadi bilionaire.
Rakyat harus terus percaya bahawa Mahathir tidak pernah menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri,kroni dan anak beranaknya.
Kepada soalan kenapa dari 5 bekas Perdana Menteri negara ini, hanya anak dia sahaja yang masuk senarai Melayu billionaire, itu penulis tak boleh jawab, audit boleh jawab kot.
Audit, hari ini semua mesti mau audit.
No comments:
Post a Comment