Saturday, March 14, 2015

Bila Mahathir Ditipu Penasihatnya (2) - PetroSaudi

Apabila Tun Mahathir menulis dalam blognya mengenai pelaburan meragukan 1MDB dalam PetroSaudi ia menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut sedang dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang salah oleh para penasihatnya. 
Saya percaya jawapan-jawapan ini tidak sampai kepada Tun Mahathir kerana mereka sedang mahu mempergunakan bekas Perdana menteri ini untuk kepentingan jutawan-jutawan IPP.
 Mahathir menulis: 
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB. Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
Para penasihat dan pegawai Tun Mahathir sepatutnya memaklumkan kepada beliau bahawa urusan perniagaan dengan Petro Saudi telah menghasilkan keuntungan sebanyak USD 488 juta dan kesemua bentuk pinjaman dan pelaburan tersebut telah diambil balik oleh 1MDB pada Januari 2015. 
Ini semua bukan rahsia, ianya telah diumumkan sejak Januari 2015.

"1MDB notes with concern certain claims carried by an online media portal concerning business arrangements 1MDB entered into with PetroSaudi. 1MDB exited the relationship in 2012, and received back its investment in full, with a profit of US$488m.  These facts, and all details related to this transaction, may be verified by reference to our audited accounts, which are publicly available on the Suruhanjaya Syarikat Malaysia website."
 
- Arul Kanda, President & Group Executive Director of 1MDB

Ini pula kenyataan 1MDB yang berada dalam laman web mereka sejak awal tahun ini.
Pada 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi telah menjalin usahasama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi. 
Sebagai sebahagian daripada usahasama ini, kami membuat pelaburan ke dalam sebuah syarikat usahasama (joint fund) dengan syarikat tersebut, yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana manfaat kewangan dan strategik untuk kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini. Kesan daripada itu, pelaburan kami dalam syarikat usahasama tersebut telah ditukarkan kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murabaha, yang pada dasarnya adalah sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75%. Pinjaman ini telah dibayar sepenuhnya, pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta, pada 2013.      
Membawa pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkannya kepada risiko turun naik pertukaran mata wang asing, seperti yang disaksikan pada masa ini. Untuk memastikan 1MDB mengekalkan posisi kecairan yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam anak syarikat 1MDB yang didaftarkan di Cayman Islands. 
Tiada yang luarbiasa tentang perkara ini dan banyak syarikat-syarikat besar telah melabur dana dalam entiti yang didaftarkan di Cayman Islands, yang merupakan salah satu bidang kuasa dana berdaftar terbesar antarabangsa, dengan Cayman Monetary Authority diakui sebagai salah satu pengawal selia pengurusan dana yang utama di dunia. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, lebih 200 syarikat Malaysia termasuk beberapa nama terkenal juga telah melaburkan dana mereka di rantau ini.     
Dari segi pelaburan kami, pihak syarikat kini telah menebus semula keseluruhan dana, seperti yang diumumkan pada bulan Januari 2015. Kenyataan mengenai perkara ini boleh didapati di:

Mengapa Tun Mahathir masih membangkitkan perkara yang telah dijelaskan? Jika ada fakta tidak betul dengan penjelasan ini, Mahathir kena kemukakan, bukannya menulis dengan niat memburukkan 1MDB tanpa fakta.
Cukuplah Tun, jangan bawa dendam peribadi dan agenda kawan-kawan sehingga merosakkan UMNO dan negara.

No comments:

Post a Comment