Sering kali pemimpin pembangkang menyebut, tidak ada sesiapa pun berada di atas undang-undang - rujuk pada pemimpin UMNOlah tu.
Tapi bila di kalangan mereka sendiri ditahan kerana melanggar undang-undang, macam-macam perkara sia-sia dilakukan seolah-olah mereka ini maksum dan kebal dari segala tindakan.
Seperti dalan kes penahanan Nurul Izzah tempoh hari, siap hantar orang berhimpun depan balai polis tempat dia dilokapkan - dah macam filem Tamil pun ada.
Apa motif semua tu? Nurul Izzah tetap tak keluar pun, tidur lokap juga malam tu. Kan sia-sia namanya.
Pun begitu, penulis lebih tertarik dengan lakonan sepanjang proses Nurul Izzah ditahan. Paling tak tahan, bila dia mengangkut anak-anaknya ke balai semasa dipanggil memberikan keterangan. Semua ni drama nak dapat simpatilah tu.
Masa demo hari tu, pandai tak pulak bawak anak, pergi balai beri keterangan, bawak anak.
Dalam masa sama tindakan Nurul Izzah ini juga menunjukkan kegagalan Anwar mendidik anak. Bertahun-tahun jadi anak didik Mahathir, patutnya Anwar belajar dari Mahathir bagaimana menyediakan anak untuk jadi billionaire, bukan jadi pelakon air mata untuk raih simpati!!
Mungkin ada yang kata penulis gila sebab mengaitkan Mahathir dengan 'blunder' yang anak beranak Anwar lakukan.
Tapi lebih gila lagi Mahathir yang menyalurkan maklumat palsu mengenai Najib dan 1MDB kepada Sarawak Report, kemudian menggunakannya semula untuk mendesak polis menyiasat Najib.
No comments:
Post a Comment