Monday, March 23, 2015

Najib Pun Tak Mahu Jumpa Mahathir


Setiap kali Tun Mahathir menggunakan blognya untuk menimbulkan persoalan yang lebih banyak mendatangkan salah faham terhadap pentadbiran Perdana Menteri, ramai menanti-nantikan pergeseran ini berada ditahap mana?

Bencikah, menyampahkah, marah-marah sayangkah atau macam mana sebab Mahathir diketahui tidak akan menghadiri majlis yang turut dihadiri orang yang dibencinya seperti Paklah dan Anwar Ibrahim dulu - melainkan terpaksa.

Maka tak hairanlah kenapa penamat kejohanan LTDL di Dataran Merdeka kelmarin dan perasmian LIMA baru-baru ini yang dihadiri kedua-dua Najib dan Mahathir, menjadi tumpuan banyak pihak untuk melihat sejauh mana 'permusuhan' ini berlangsung.

Seolah-olah penting sangat Najib berjumpa dengan Mahathir ini untuk memastikan kelangsungan karier politiknya.

Penulis bagaimanapun nak katakan disini, apa pun perangai Mahathir, tidak mendatangkan kesan kepada Najib.  Waima kalau Mahathir nak melayannya sama seperti Paklah dulu, ada sumber kata, Najib tidak akan peduli.
Sebab, sekalipun Mahathir berpengaruh besar (katanya), tapi yang berkuasa dan menjadi Perdana Menteri ialah Najib.  Nak lulus ke, nak bantu ke nak apa ke, semuanya atas Najib, bukan Mahathir lagi dah, zaman dia dah berlalu.

Apatah lagi bila menurut sumber sama, setiap kali ada peluang berjumpa, Mahathir akan melambakkan dokumen-dokumen dari kroninya untuk mendapat perhatian Najib, kadang-kadang tu sampai berfail-fail.

Mahathir mungkinlah pada usia sekarang tidak begitu peduli tentang kekayaan dunia, tapi orang-orang di sekeliling Mahathir diketahui tidak pernah cukup dengan duit dan mereka inilah yang menggunakan Mahathir untuk mendapat perhatian Najib.

Bila Najib tak layan, itu yang Mahathir meroyan.

Jadi mudahnya, fitnah yang Mahathir lemparkan kepada Najib bukan tentang agama bangsa dan negara sama sekali, tapi sebaliknya kepentingan orang disekeliling Mahathir.

No comments:

Post a Comment