Saturday, April 4, 2015

Sah!! Mahathir Memang Mahu Muhyiddin Ganti.


Penulis dihentam kerana menulis komplot antara Muhyiddin Yassin dengan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Kata mereka Muhyiddin tidak patut dilibatkan, yang salah itu Mahathir seorang, hentam Mahathir sajalah.

Hari ini dalam satu sidang media di Cyberjaya, Mahathir mengesahkan perkara tersebut.  Dia memang nak Najib turun sebab tak mematuhi 'harapannya'. Harapan apa?  Angkuh sungguh, seolah-olah cakap dia tu semua orang kena ikut.

Tak mengapalah, yang penting penulis betul, yang menuduh ni salah.

Sudah-sudahlah Mahathir.  Kalau Muhyiddin naik dan Najib turun, pun masalah tak selesai juga kalau impian nak lantik Mukhriz jadi Timbalan Perdana Menteri tak jadi kenyataan. 

Tak tahulah kalau Muhyiddin mahu jadi robot yang remote controlnya dikawal Mahathir dari jauh. Najib bukan robot, beliau bertanggungjawab kepada rakyat, bukan kepada Mahathir.

Najib memang layak dari segala segi untuk menjadi Perdana Menteri.  Dulu (ketika dilantik pada 2009), bolehlah kata beliau menumpang mandat Paklah, sekarang mandat yang ada (sekalipun tak cukup majoriti 2/3), adalah hasil usaha beliau sendiri.

Paklah, sekalipun menang PRU12, tapi majoritinya jatuh mendadak, hilang 50 kerusi parlimen dan 4 buah negeri (selain Kelantan), memang patut turun pun.

No comments:

Post a Comment