Saturday, May 2, 2015

Kritikan Mahathir Kini Jadi Inspirasi Pembangkang, Sayang UMNO La Sangat


Mahathir hanya berbohong bila berkata dia mengkritik dan menyerang peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sayangkan UMNO, risaukan UMNO.

Ternyata kritikan itu tidak pun mendapat sokongan ahli-ahli UMNO, sebaliknya, pembangkang mengambil kritikan itu sebagai inspirasi untuk mengatakan kenapa UMNO perlu kalah di Rompin dan Permatang Pauh.

Itukah cara Mahathir menunjukkan sayang kepada UMNO, dengan mahu melihat UMNO kalah dalam 2 pilihanraya keci mendatang ini?

Baru cerita pilihanraya.  Dalam demonstrasi membantah perlaksanaan GST semalam, gambar dan kenyataan Mahathir membantah sistem percukaian baru itu, digunakan dalam banner dan poster yang mengecam kerajaan BN/UMNO.

Penulis bagaimanapun tidak hairan kerana dari dulu Mahathir memang diketahui suka bakar kelambu bila marah dengan nyamuk.  Ambil contoh pengharaman UMNO 1988, tidak ada siapa dari kalangan kumpulan 11 yang membawa kes itu ke Mahkamah mahu UMNO diharamkan.

Sebaliknya mereka mahu pemilihan 1987 yang menyaksikan Mahathir menang dengan hanya majoriti 43 undi mengatasi Tengku Razaleigh Hamzah, diadakan semula, tapi Mahkamah membuat keputusan mengejutkan dengan mengharamkan UMNO.

Ramai percaya Mahathir menggunakan cengkamannya ke atas sistem kehakiman pada waktu itu agar diakhirnya UMNO diharamkan, senang, buat parti baru, guna nama lama dan tak payah ada pemilihan semula kerana UMNO lama yang mengadakan pemilihan 1987 itu, sudah tidak wujud dari segi undang-undang.

Ini cara Mahathir 'sayang'kan UMNO.  Dia bergaduh dengan Tengku Razaleigh dan tak puas hati menang sikit (43 undi), UMNO pun tergamak dia haramkan.  

Samalah macam sekarang pun bila Datuk Seri Najib enggan jadi robotnya..

No comments:

Post a Comment