Terbongkarnya klip video dimana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara jelas menunjukkan sikap berlawanan dengan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, menginsafkan penulis bahawa ceritanya mungkin berbeza kalau Mahathir masih menjadi Perdana Menteri hari ini.
Isunya bukan masalah nak berbeza pendapat pun tapi kenyataan perlulah selari dengan pendirian rasmi Perdana Menteri dalam isu tersebut.
Apa pun, kalau Mahathir masih Perdana Menteri, Muhyiddin akan mengosongkan pejabat Timbalan Perdana Menteri esok pagi juga, tak tunggu lama. Letak jawatan atau dipecat, pilih mana satu nak.
Tapi sebab Perdana Menteri hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak, maka Muhyiddin masih lagi Timbalan Perdana Menteri kita semua.
Mahathir seperti yang kita semua tahu, selain 22 tahun jadi Perdana Menteri dengan mewujudkan sistem kalis pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO, adalah juga Perdana Menteri yang ada terbanyak bekas Timbalan.
Selain Anwar yang disabitkan dengan kesalahan liwat dan Abdullah Ahmad Badawi yang berjaya menjadi Perdana Menteri, dua lagi Timbalan Mahathir disingkirkan kerana berselisih pendapat dengan Mahathir dalam pelbagai hal.
Kita semua bagaimanapun wajib percaya bahawa Najib ada cara tersendiri untuk menguruskan orang tak tetap pendirian seperti Muhyiddin.
Nak salahkan dia sangat pun tidak boleh, maklum sajalah sudah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh Mahathir, siapa yang jejak lagi kaki ke bumi kan?
No comments:
Post a Comment