Rakyat Malaysia sepatutnya melihat ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebagai seorang yang berintergriti tinggi sekalipun ada sejarah sebagai Naib Presiden DAP, termasuk pernah dilantik Senator.
Intergriti dan kredebiliti Tunku Aziz tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sudah terbukti lebih mengutamakan prinsip dan maruah diri dari jawatan dan kuasa yang ditawarkan DAP.
Maka itu bila Tunku Aziz 'bertanya' bagaimana anak-anak Mahathir boleh menjadi kaya raya dari dulu hingga sekarang, Mahathir sepatutnya boleh menjawab dengan teliti dan mengemukakan dokumen kenapa dakwaan Tunku Aziz itu salah.
Apatah lagi kedua-dua mereka adalah setaraf - rakyat biasa. Dari segi gelaran juga tidak kalah, Tunku Aziz dengan Tunkunya, Mahathir dengan Tun nya - Tun juga.
Sepatutnya tidak ada masalah untuk Mahathir menjawab segala pertanyaan Tunku Aziz kerana mereka adalah setaraf - kalaulah pemuja Mahathir menganggap Tunku Aziz tidak layak untuk bertanyakan soalan seperti itu kepada Mahathir.
Lagipun soalan Tunku Aziz itu mewakili rakyat kerana kita semua tahu apakah rahsia kekayaan anak-anak Mahathir kalau benar mereka ini bijak meniaga, bukan bergantung kepada jawatan Mahathir?
Rahsia kejayaan ini kemudiannya boleh dibukukan dan dijadikan kata-kata azimat untuk mereka yang mengimpikan kejayaan seperti anak-anak Mahathir. Ramai jutawan, bilionwan di negara ini yang kata-kata mereka dijadikan pendorong untuk kejayaan usahawan lain.
Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, Vincent Tan, Tony Fernandez, semuanya ada kata-kata azimat yang dijadikan semangat untuk usahawan baru, anak Mahathir yang lebih kaya pula tidak ada, kenapa?
Adakah kerana kekayaan mereka dibantu oleh jawatan yang pernah disandang Mahathir, bukan kerana berusaha sendiri, atau macam mana? Inilah jawapan yang dituntut, disertakan dengan bukti sekali, bukan dengan air liur sahaja.
Saya menganggap isu kekayaan anak-anak Tun Mahathir ini sebagai isu 2MDB - Mukhzani/Mirzan Dibantu Bapa.
ReplyDelete