Wednesday, May 6, 2015

1MDB:Dah Berapa Banyak Bukti Mahathir Bagi?


Agak lucu rasanya bila Mahathir meminta bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim agar menyerahkan bukti penglibatannya dalam skandal BMF yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara disamping kematian auditor yang menyiasat kes itu, Jalil Ibrahim.

Bukti apa orang tua ini mahu? Selain dah lama berlaku, separuh (atau kesemuanya) sudah terkubur bersama arwah Jalil yang sehingga kini masih kita tidak tahu siapa mengarahkan pembunuhannya.  Pembunuhnya kita tahu tapi yang mengarahkannya tu kita tak tahu.

Tapi tak pulak Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu itu mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti siapa mengarahkan pembunuhan tersebut seperti mana dia mahu Datuk Seri Najib dilibatkan dalam pembunuhan Altantunya (dalam bentuk soalan).

Kenapa masa itu tak minta disiasat lebih lanjut, ada apa yang nak disembunyikan ke?


Sebagai orang lama, Tunku Aziz memang layak mengingatkan Mahathir tentang skandal kewangan yang pernah berlaku pada zamannya apatah lagi Mahathir memang ada ingatan terpilih, yang lama-alam ingat, yang baru tak berapa ingat.  

Mahathir sebenarnya yang tidak layak meminta Tunku Aziz mengemukakan bukti kerana Mahathir sendiri tidak ada bukti mengenai 'kehilangan' wang RM42 billion (angka berubah-ubah)

Yang ada hanyalah soalan berulang, jawab macam ni, dia tanya lagi, jawab lagi, tanya benda sama lagi, sehingga di akhirnya duit tak hilang, Mahathir pulak dah macam orang hilang ingatan.

No comments:

Post a Comment