Sunday, May 17, 2015
Dulu Mahathir Miskin, TAPI
Melalui serangan terbaru yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir mendakwa allahwarham Tun Abdul Razak bukan seorang yang kaya sehingga mampu mewariskan harta yang banyak kepada Najib.
Menurut Mahathir lagi, dengan kekayaan yang diwarisi dari bapanya adalah mustahil untuk Najib mengadakan majlis perkahwinan untuk anaknya yang dikatakan mencecah sehingga puluhan juta ringgit.
Walaupun isu yang dibangkitkan ini telah dijawab, namun ternyata Mahathir masih mengunakan pendekatan berulang-ulang- bagi memastikan firnah tersebut dipercayai dan dianggap benar.
Persoalannya, apakah Mahathir terlupa beliau juga bukan seorang yang kaya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.
Namun bagaimanakah anak-anaknya mampu dinobatkan sebagai individu yang paling kaya di negara ini?
Apakah bapa kepada Mahathir ada menyimpan berbillion ringgit di bawah bantal suatu ketika dahulu?
Dari manakah datangnya kekayaan luar biasa Mokhzani dan Mirzan yang bernilai berbilion itu?
Sekiranya Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas, ada baiknya beliau mendesak anak-anaknya dahulu.
Bak kata pepatah, jangan kita jadi seperti ayam yang riuh sekampung namun ekor bergelumang dengan taik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment