Kritikan Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mula memberi kesan apabila bilangan majoriti BN dalam pilihanraya kecil Rompin yang tamat hari ini merosot dengan signifikan sekali.
Mengikut data tidak rasmi, majoriti BN menurun kepada 8,756 undi berbanding 15,114 undi dalam PRU13.
Walaupun begitu, kritikan Mahathir ternyata tidak mampu menggugat keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib apabila BN masih menang dengan selesa, di sebalik kritikan itu dan perlaksanaan GST.
Undi PAS sendiri tidak bertambah, malah menurun sebanyak 55 undi berbanding PRU13 yang lepas.
Penyokong Mahathir di Rompin sekadar berjaya merosak lebih 1,400 undi sahaja - tidak mampu sampai menyebabkan UMNO kalah. Lagpun, seperti dikatakan di atas, peratusan keluar mengundi yang rendah dan pengundi luar yang tidak balik, menjadi punca kepada penurunan majoriti ini.
Tapi yang penting disini, bukti Mahathir mensabotaj UMNO dalam PRK Rompin sudah nyata. Dalam keadaan pembangkang hebat mengasak BN dalam isu GST, Mahathir muncul berganding bahu dengan pembangkang agar BN kalah di Rompin dengan kenyataan fitnah ke atas Perdana Menteri.
Secara tidak langsung tentunya, kerana entah kenapa Mahathir mengendurkan serangannya pada saat-saat akhir sebelum hari pengundian.
Mana betulnya cakap Mahathir yang dia sayangkan UMNO dengan mengkritik Perdana Menteri? Dia memang nak UMNO dalam masalah dengan membuat kritikan tersebut.
Lembaga Disiplin UMNO seharus tidak memberi muka kepada Mahathir atas kerja jahat yang dilakukannya di Rompin sehingga majoriti merosot dengan teruk.
No comments:
Post a Comment