Ruang dalam kereta macam Kancil 660EX |
Awal minggu ini, lanjutan dari laporan polis yang dibuat Tabung Haji berhubung kebocoran dokumen mengenai pembelian tanah 1MDB di TRX, pihak berkuasa berkaitan telah memulakan proses siasatan untuk mengenalpasti dalang yang terlibat.
Pejabat Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Razak khabarnya telah dikunjungi pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan SKMM juga telah menjalankan siasatan dari sudut operasi masing-masing.
Bagaimanapun, penulis cenderung agar pihak polis memulakan siasatan di Yayasan Kepimpinan Perdana yang diuruskan Mahathir kerana dia nampaknya yang paling beruntung dari kebocoran maklumat tersebut.
Untung yang Mahathir dapat ialah menguatkan persepsi buruk terhadap 1MDB, seterusnya membantu gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Buktinya, tidak sampai 24 jam selepas sebuah blog mendedahkan dokumen tersebut, Mahathir terus mengeluarkan dakwaan bahawa RM 188 juta nilai tanah yang dibeli Tabung Haji dari 1MDB itu, adalah proses untuk menyelamatkan syarikat tersebut.
Senang kata, hanya Mahathir, tidak ada orang lain yang beruntung dari kebocoran dokumen tersebut. Sebab itu siasatan perlu bermula di pejabatnya.
No comments:
Post a Comment