Thursday, May 21, 2015

Untung Di Cayman Island, Bila Mahathir Nak Minta Maaf


Pencerahan Perdana Menteri di Parlimen semalam bahawa 1MDB membuat keuntungan dalam pelaburan di Cayman Island dan untung itu disimpan dalam bentuk aset di sebuah bank di Singapura (BSI) sepatutnya menginsafkan Mahathir akan banyaknya kerosakan yang dia sudah buat.

Mahathir juga yang mempersoalkan pelaburan yang dibuat disitu, seolah-olahnya menjadi satu kesalahan jenayah kalau melabur disana.  Mahathir juga yang memberikan gambaran bahawa 1MDB membuat keputusan silap dengan melabur disitu dan wang itu akan hilang.

Tapi ia tidak hilang malah memberi keuntungan.  Dalam bentuk aset atau dalam bentuk tunai tidak penting, yang penting nilai keuntungan itu tetap sama.

Jika itu belum cukup, Mahathir juga pernah membuat dakwaan bahawa bank di Singapura berkenaan menafikan ada pelaburan 1MDB yang disimpan di negara tersebut.  Sekarang agaknya, apa Mahathir nak cakap?

Maka tidak hairan kenapa ada usaha untuk memutar belt kenyataan Perdana Menteri semalam, kononnya beliau berbohong dan 1MDB tidak ada wang tunai.  Cakap soal tunai, itu hanya satu pelaburan dari banyak pelaburan yang dibuat 1MDB, dengan apa cara pula 1MDB tidak ada wang tunai?

Yang penting sekarang ialah, bila Mahathir nak minta maaf dan mengakui dia adalah kepala kepada semua pembohongan ini?

Sebab itu penulis suka nak mencadangkan kepada 1MDB, jika ada yang nak disaman terlebih dahulu, orang itu adalah Mahathir.

No comments:

Post a Comment