Sabtu lalu Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan kerja ke Perak.
Sememangnya lawatan seperti ini sentiasa menjadi tumpuan khususnya kepada para penyokong Najib.
Ini kerana himpunan seperti ini adalah merupakan pemangkin bagi melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada kepimpinan beliau.
Namun disebalik kemeriahan program tersebut, tindakan seorang jurugambar tua yang mengemaskinikan status Facebooknya dengan gambar kerusi-kerusi yang kosong menimbulkan tanda tanya.
Jurugambar tua itu dengan jelas cuba memberikan gambaran seolah-olah program tersebut gagal mendapat smabutan seperti yang diharapkan.
Paling menarik apabila dihentam hebat oleh para pengguna Facebook yang lain, dia melenting dan memberikan pelbagai alasan kononnya sibuk bekerja, line internet teruk dan sebagainya.
Isu yang dibangkitkan kerana status tersebut telah menyebabkan ada yang percaya kononya
program tersebut gagal mendapat sambutan, dan jurugambar tua ini
langsung tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan.
Malah laporan mengenai program tersebut hanya dimuatnaik selepas 2 HARI, nampak sangat dia memang mempunyai niat untuk mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Najib.
Tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan, jurugambar tua ini mencabar agar buktikan beliau pernah mengutuk Najib.
Namun apabila ada yang meletakkan status-status FB dan komen-komen sinisnya mengenai Najib, terus dia senyap dan lari tak cukup tanah.
Katanya profesional, tapi bila ditegur habis semua orang dimaki dengan panggilan bodoh dan sebagainya.
Betul sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, kita tidak sepatutnya menghalang mana-mana individu untuk menyokong siapa.
Tapi isunya, apabila jurugambar tua ini mendapat 'payroll' dari Setiausaha Agung UMNO tapi di masa yang sama mahu memastikan Najib digulingkan.
Dalam bahasa mudah tangan kanannya menelan duit yang dibayar UMNO, manakala tangan kirinya meludah dan menghina Presiden UMNO.
Dia dibayar untuk kerja bagi membantu UMNO dan bukan sebaliknya. sekiranya dia seorang yang profesioanal dan mempunyai prisip isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
No comments:
Post a Comment