Tuesday, May 19, 2015

Konspirasi Jatuh Najib - Mahathir Dah Jadi Yahudi Yang Dia Selalu Kecam

Isu perletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat yang 'diumumkan' Mahathir kelmarin membuktikan dia bukan sekadar mahu mendesak perletakan Datuk Seri Najib melalui penulisannya di blog, tapi juga mengadakan gerakan tersusun di alam nyata untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan.
Menurut sumber, Mahathir mahu Tan Sri Pandikar Amin berundur agar seorang Timbalan Speaker yang telah diperalatkannya mengambil alih dan membenarkan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri.  Usul undi tidak percaya ini pula, akan dibawa beberapa ahli parlimen BN yang diketuai seorang wakil dari Kelantan.
Jelas wujud konspirasi untuk menyingkirkan Najib.
Ironinya, Mahathir selalu mendakwa rancangan besar yahudi untuk menguasai negara-negara Islam ialah mewujudkan konpirasi untuk menukar kerajaan yang dipilih secara demokratik, dengan rejim yang boleh diperalatkan mereka.  
Hari ini dia pulak yang jadi macam itu, sebijik.  Penulis melihat ini bukti Mahathir bukan membenci yahudi, yahudi adalah gurunya.


Ini juga bermaksud, segala yang tidak baik mengenai 1MDB yang dibangkitkan Mahathir sebelum ini, tidak benar-benar berlaku sebaliknya alasan Mahathir agar Najib meletakkan jawatan sahaja untuk digantikan dengan bonekanya.
Tak hairan kenapa kenyataan Mahathir mengenai hutang 1MDB berubah-ubah.
Mula-mula kata 1MDB dan Najib hilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion, lepas tu RM 27 billion, kemudian ubah balik RM 42 billion dan bila CEO 1MDB Arul Kanda buat kenyataan akan saman sesiapa yang mencemarkan imej syarikat tersebut, Mahathir dengan cepat mengubah kenyataan tidak pernah mendakwa wang itu hilang, sebaliknya hanya hutang.
Kalau isu 1MDB ini asli dan ada sejumlah wang yang benar-benar hilang, tak perlulah wujud gerakan seumpama ini agar Najib meletakkan jawatan.
Jika rakyat menerima perlakuan seperti ini, maka ingin bertanya kembali, apa jadahnya ada pilihanraya dan sebagainya bila diakhirnya satu orang menentukan siapa patut atau tidak patut menjadi Perdana Menteri selepas proses tersebut selesai?
Penat sajalah beratur untuk memilih kerajaan kerana diakhirnya negara ini ada Perdana Menteri remote  control yang dikawal dari jauh oleh orang yang meletakkannya ke jawatan itu

No comments:

Post a Comment