Dalam keterujaan nak memfitnah Perdana Menteri, salah seorang blogger dalam kumpulan Blogger Upahan Tun D*** (BUTUD), telah tersasar memanipulasi sebuah gambar sehingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Akibat dari tindakan tersebut, individu dalam gambar itu, Naib Presiden Briged Kesatria Muda, Mohd Eddy Casmady akan mengambil tindakan ke atas Malaysiakini dan seorang Blogger bernama 'Syed' kerana memanipulasi gambar tersebut tanpa kebenaran dan penjelasan terlebih dahulu.
"Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan seorang “pekerja” seperti yang didakwa portal berkenaan.”
“Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat”.
Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini serta seorang blogger yang bernama ‘Syed’ bagi tujuan membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda."
Kita berharap lebih banyak saman seumpamanya dikemukakan kepada blogger berkenaan. Walaupun dia ada kegemaran membuang posting fitnah tersebut bila berhadapan tindakan saman, tapi kerosakan telah berlaku dan imej Perdana Menteri serta pihak berkaitan telah terjejas.
Ini tidak boleh dibiarkan kerana ia memberi tanggapan tidak baik terhadap Perdana Menteri yang sekarang begitu berusaha membantu rakyat yang ditimpa kesusahan akibat bencana banjir terburuk yang menimpa di Pantai Timur.
Tahniah Briged Kesatria Muda!!
No comments:
Post a Comment