Nampak bijak tapi bodoh, itulah gambaran awal penulis kepada blogger Outsyedthebox. Pada si dungu ini, jet eksekutif milik kerajaan yang digunakan Perdana Menteri, boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini tanpa meminta kebenaran negara yang dilalui terlebih dahulu.
Ataupun Syed Akhbar terlalu terpengaruh dengan filem James Bond dimana ejen perisik itu bergerak ke merata dunia dengan jet peribadi dan masuk ke negara orang lain tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.
Itu filemlah dungu.
Untuk si dungu ini, penulis ingin jelaskan bahawa ruang angkasa negara yang dilalui jet eksekutif kerajaan, masih tertakluk kepada kebenaran negara yang ruang udara mereka akan ditempuhi dalam perjalanan tersebut. Untuk memperolehi kebenaran ini, sekurang-kurangnya 2 hari diperlukan.
Dalam kes Perdana Menteri memendekkan cuti untuk melihat nasib rakyat yang dilanda bencana banjir di Kelantan, pesawat kerajaan yang membawa beliau tidak boleh digunakan, antaranya kerana tidak cukup masa untuk mendapatkan kelulusan itu.
Walaupun masalah berkenaan tidak mempengaruhi sangat kerana pesawat berkenaan memang dijadualkan untuk menjalani penyelenggaraan teknikal di Amerika Syarikat, tapi kegagalan si dungu mengambil kira faktor ini bila menulis artikel memfitnah Perdana Menteri dan isteri, menunjukkan dia tidak berpengatahuan tentang peraturan perjalanan udara antarabangsa.
Dahsyatnya, dah tahu ada kelemahan itu (gagal memahami peraturan perjalanan udara antarabangsa), tapi masih nak menulis macam orang yang tahu semua benda.
No comments:
Post a Comment