Berbanding para menteri lain dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaludin diketahui sering ke depan mempertahankan Perdana Menteri di media sosial. Di kalangan ahli parlimen pembangkang pula, seteru Khairy selain Rafizi ialah Tony Pua dari DAP.
Persaingan kedua mereka dalam dunia Twitter ini diketahui hampir semua orang yang aktif dengan platform tersebut. Masing-masing cuba nak tunjuk jaguh di kalangan pengikut masing-masing.
Begitupun, agak pelik bila dalam isu 1MDB ini Khairy seakan lepas tangan walaupun Tony Pua tak henti-henti memutar belitkan fakta mengenai syarikat tersebut yang dibuat dalam bentuk soalan bagi mengelakkan saman.
Walhal kerjanya mudah sebab semua pertikaian tersebut sudah dijawab oleh 1MDB. Khairy cuma perlu menggunakan kelebihannya dalam Twitter untuk mematahkan pembohongan Tony Pua. Sekurang-kurangnya, pengikut Twitternya boleh mendapatkan fakta sebenar mengenai 1MDB ini.
Tapi itu tidak dilakukannya, sebaliknya Khairy lebih berminat untuk bertempur dengan Perkasa yang menggelarkannya sebagai bangsat (bersama 4 orang yang lain). Bab ini cepat saja Khairy menjawab walhal bukan ada untung mana pun pemimpin dalam parti Melayu bergaduh dengan NGO Melayu seperti Perkasa.
Ini yang menimbulkan persoalan besar dan sedikit raa curiga.
Curiga kita bagaimanapun bertambah kuat bila diketahui bahawa Datuk Seri Paduka Khairudin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tempoh hari adalah bekas kakitangan bapa mertuanya semasa menjadi Perdana Menteri.
Adakah ada sesuatu yang kita tidak tahu tapi Khairy tahu? Atau adakah semua ini satu kebetulan semata-mata?
1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan. Sebagai Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, wajib bagi Khairy mempertahanan kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu ini apatah lagi lawannya ialah orang yang dia selalu bawa berdebat dalam Twitter, Tony Pua.
No comments:
Post a Comment