Monday, December 8, 2014

Siapa Yang Mahathir Rasa Layak Ganti Najib?


Ada orang yang tak faham politik, bila dia dengar Mahathir bercakap tentang pelbagai polisi pentadbiran semasa yang tidak kena dihatinya, semuanya ingat ini situasi sama seperti mana Abdullah Badawi jatuh dulu, hakikatnya tidak.

Berbeza dengan ketika Mahathir menyerang Abdullah Badawi dulu, Datuk Seri Najib hari ini tidak ada tekanan dari Mahathir, mahupun pun mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan.  Yang ada hanyalah persepsi sahaja bila Mahathir menjawab soalan tentang prestasi pentadbiran sekarang.

Pembangkang itu kita tidak masukkan disini sebab kalau bukan kerja pembangkang jatuhkan kerajaan, taklah nama dia pembangkang.
Sudah tentu sebagai seorang yang tegar dengan pandangan dan pendapatnya sendiri (pedulilah orang lain nak kata apa) selama 22 tahun memerintah negara, bukan mudah untuk Mahathir menerima hakikat bahawa keadaan tidak berjalan seperti mana yang dia mahukan.

Justeru kalau Mahathir tak berpuas hati, itu adalah normal.  Zaman dia jadi Perdana Menteri pun, 2 bekas Perdana Menteri, masing-masing Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn tak juga berpuas hati dengan cara dia mentadbir negara dan UMNO.

Najib disatu sudut lain pula, tidak boleh buat keputusan yang dibayangi Mahathir dibelakangnya atau beliau pulak yang akan digelar sebagai pemimpin boneka Mahathir dan lebih teruk lagi, tidak boleh membuat keputusan sendiri.

Masa Mahathir hidup ni oklah, kalau Mahathir tak panjang umur, apa pula ceritanya?  Mahathir pun tak sebut siapa dalam UMNO yang layak untuk ganti Najib hari ini, ada?

Sebab itu penting untuk ada kelainan dari segi corak pentadbiran, takkan semuanya sama.  Supaya diakhirnya nanti, keputusan kerajaan ada warna warninya, bukan mudah dijangka kalau semuanya ikut apa kata Mahathir.

Begitulah dalam soal melantik orang luar sebagai CEO MAS yang kita fikir jadi punca ketidakpuasan hati terbaru Mahathir.  Kita faham Mahathir lebih gemar kalau orang tempatan dilantik tapi keutamaannya sekarang ialah mencari siapa yang berkeupayaan untuk menyelamatkan MAS, tak kiralah Melayu atau orang luar.

Sejak penswastaan MAS pada dekad 90-an sehinggalah dipulangkan semula kepada kerajaan untuk dijadikan GLC pada 2001, MAS telah dipimpin oleh entiti luar milik anak tempatan, tapi penyudahnya kerajaan juga yang perlu ambil alih syarikat tersebut.

Kenapa kerajaan kena ambil alih kalau syarikat ini berjaya?

Bukan itu sahaja masalahnya, kerajaan dituduh menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroni UMNO kerana syarikat yang kendalikan MAS pada waktu itu adalah milik seorang Melayu!! 

Dalam tempoh tersebut sehingga sekarang, MAS dipimpin oleh anak-anak tempatan tapi masih gagal menjadikan kedudukan kewangan MAS pada tahap terbaik,  Jadi apa salahnya kalau orang luar diberi peluang untuk mengembalikan MAS ke landasan keuntungan, bukan untuk selama-lamanya pun, untuk satu tempoh masa sahaja.

Kalau dia gagal, sekurang-kurangnya kerajaan sudah mencuba pelbagai pilihan, bukan tidak membuat sesuatu dalam nak menyelamatkan syarikat kebanggaan negara tersebut.  Yang penting sekali, kerajaan masih ada pelbagai pilihan di depan untuk mempertahankan MAS, bukan kata kalau mat salleh ini gagal, hancurlah semua.

No comments:

Post a Comment