Friday, December 26, 2014

Najib Yang Begitu Diharapkan

Bencana banjir yang melanda negara kita sekarang ini memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia begitu bergantung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehingga bila Najib mengadakan urusan rasmi dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Hawaii pun, beliau diharapkan untuk mengendalikan situasi banjir di negara kita, seolah-olah kalau beliau tidak ada, dunia nak kiamat.

Pegawai-pegawai kerajaan terlibat, termasuk Menteri yang bertanggungjawab dalam hal bencana alam ini, semuanya tak berguna gamaknya, nak menunggu Najib juga, begitulah keadaan itu nampaknya.

Sesekali ternampak seolah-olah kita sudah kembali pada zaman dulu, ketika telefon begitu terhad kadar liputannya, mesti nak jumpa depan berdepan.

Menariknya, keadaan ini berbeza dengan polemik harian berkaitan Najib yang kita hadapi sehari-harian.  

Dalam banyak hal Perdana Menteri dikatakan seorang yang lemah dan tidak berguna.  Tapi bila berlaku bencana, beliau diminta berada dalam negara segera - melawat mangsa banjir, walaupun beliau telah terlebih dahulu melawat mangsa banjir di Pekan pada 20 Disember lepas.


Tidak ada pemimpin pembangkang yang sudah melawat mangsa banjir pun ketika itu tapi Perdana Menteri dah melawat dulu, hairan bagaimana 4 hari kemudian beliau digambarkan seolah-olah  tidak peduli dan tidak kisah dengan rakyat yang ditimpa bencana.

Memang Perdana Menteri membatalkan apa juga urusannya dan kembali ke Malaysia untuk menguruskan perkara banjir ini tapi kepulangan itu bukan akibat desakan sesiapa, sebaliknya datang sifatnya yang bertanggungjawab dan mahu memenuhi harapan rakyat.  

Beliau boleh buat tidak peduli seperti mana Anwar, Azizah dan keluarga di New Zealand, kerana semua persiapan dan pengurusan banjir ini sudah sedia SOPnya, tidak perlu menunggu sesiapa, semua pihak berkaitan ada tugas dan peranan masing-masing.

Oh ya, nama Anwar pun orang tak sebut bila bencana macam ini berlaku kerana rakyat tahu dia hanya tawarkan impian sementara Najib kenyataan.

Menunjukkan rakyat begitu mengharapkan kehadiran Najib berbandingAnwar, terutama di Kelantan.

Sebab itu Najib akan ke negeri itu dulu walaupun negeri itu diperintah PAS dan jumlah mangsa banjir tidak banyak beza dengan Terengganu.  Tapi di Terengganu, kerajaan Terengganu begitu memainkan peranan dan Najib tidak begitu diperlukan. 

Menunjukkan nampak sangat pemimpin PAS Kelantan tak berguna sehingga Najib juga yang diharapkan ke sana.

Kesimpulannya, siapa yang kata Najib tidak penting sehingga perlu digantikan, sila kaji semula pendapat itu berdasarkan situasi semasa banjir yang berlaku sekarang.

No comments:

Post a Comment