Wednesday, December 3, 2014

Kebangangan Outsyed TheBox Dalam Isu Bangang


Orang ini nampak muka macam berani, tulis macam jujur tapi dalam masa sama, dia mengelak dari menulis secara terus terang dengan menggunakan bahasa ganti.

Inilah yang terjadi bila blogger OutSyedTheBox menulis mengecam Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengeluarkan perkataan bangang bagi menggambarkan blogger yang sepatutnya bekerja mempertahankan UMNO tapi penyudahnya, mengutuk UMNO semula.

Penulis tak pasti apa masalah blogger ini dengan Najib.  Tulisannya penuh dengan kebencian dan kemarahan, sekali pandang ditulis macam orang sedang mabuk (atau memang betul-betul mabuk). 

Sudahlah tu, fakta di dalam penuh dengan kesalahan yang disengajakan seperti bila blogger ini mendakwa Najib membangangkan semua blogger pro UMNO.  Mana ada Najib kata begitu, yang dibangangkan adalah mereka yang sepatutnya mempertahankan UMNO tapi kutuk UMNO semula.

Dua kali ulang dah tu.  Tak faham juga ke, nanti penulis belajar cakap tamil.

Kita juga tidak melihat keperluan OutSyedTheBox mempersoalkan berapa yang UMNO belanjakan untuk menampung kehidupan blogger yang mereka bayar kerana UMNO ada kemampuan kewangan sendiri, tak payah guna duit kerajaan pun tak apa.

Terlanjur tu, kita nak tanya juga kemana dan untuk apa peruntukkan sebanyak RM 1 juta, dibayar dalam dua geran bernilai RM 500,000 setiap satu oleh kerajaan kepada BlogHouse yang pernah Outsyedthebox ketuai?

Menurut maklumat yang penulis dapat, selain satu program menghimpunkan blogger-blogger ASEAN yang diadakan di sebuah  hotel di ibu kota pada tahun 2009, tidak ada program lain yang dijalankan BlogHouse sepanjang kepimpinan Outsyedthebox dan dengan wang sebanyak itu dalam kantung BlogHouse.

Padahal tujuan peruntukkan itu disalurkan agar BlogHouse dapat membantu blogger-blogger di Malaysia dari segi kebajikan dan sebagainya, tapi mana dia?

Ini jawab dulu.  Persoal benda yang tidak patut dipersoalkan macam peruntukkan UMNO membayar blogger ini buat apa?

No comments:

Post a Comment