Wednesday, December 17, 2014

Keberanian 1MDB Jawab Tuduhan Serlahkan Kebodohan Jurublog Upahan


Tidak sampai 48 jam selepas satu laporan polis dibuat seorang individu terhadap syarikat, 1MDB tampil dengan penjelasan terperinci tentang semua isu yang didakwa sebagai proses mencurigakan oleh individu berkenaan.

Jawapan penuh boleh dirujuk disini.

Sudah tentu, tempoh masa ini perlu bagi membolehkan 1MDB meneliti segala dakwaan yang ditimbulkan individu berkenaan dan menyediakan jawapan terperinci, antaranya berkaitan proses pengambilalihan tanah di Pulau Pinang, kepentingan dalam syarikat IPP dan lain-lain.

Penulis pula melihat kerja 1MDB kali ini tidak berapa susah kerana hampir keseluruhan dakwaan dalam laporan polis tersebut telah dijawab oleh syarikat berkenaan sebelum ini, cuma satu isu baru berkaitan pembelian tanah yang dikatakan di atas harga pasaran di Pulau Pinang itu sahaja yang pada pengetahuan penulis adalah isu baru.

Tak tahulah kalau ada dibangkitkan sebelum ini dan sudah dijawab 1MDB, kalau ada, penulis minta maaf.

Lain dari itu semua sudah dijawab dan entah kenapa individu yang berkenaan masih memilih untuk memasukkan isu-isu yang telah dijawab ini ke dalam laporannya, mungkin atas arahan orang-orang tertentu agaknya.

Apa pun, sementara siasatan dijalankan, penjelasan oleh 1MDB ini membuktikan bahawa segala dakwaan oleh jurublog yang diupah pihak-pihak tertentu untuk mensensasikan isu ini, bukan setakat tidak masuk akal, bahkan menyerlahkan kebodohannya.

Nampak sangat dia menulis hanya dengan fakta sebelah pihak; pihak yang kita percaya kalah dalam proses membida untuk mendapatkan kepentingan/penguasaan dalam beberapa IPP dengan 1MDB.

Dia sendiri tidak ada keberanian untuk membuat laporan polis dan terpaksa memperalatkan individu berkenaan yang kebetulan berada di hieraki ketiga tinggi dalam sebuah bahagian UMNO di Pulau Pinang untuk membuat laporan polis.

Tujuan tu sebab nak bagi gambaran seolah-olah UMNO sendiri yang mahu 'skandal' 1MDB ini disiasat walhal seperti yang diumumkan semalam, UMNO Perhubungan Negeri tidak ada tahu menahu langsung tentang perkara tersebut.


No comments:

Post a Comment