Blogger-blogger haram jadah dari kumpulan BUTUD ini memfitnah lagi. Selepas kantoi menipu dalam isu 1MDB sehingga merayu minta tidak 'ditembak', kini mereka kembali mengarahkan serangan kepada peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sama seperti pembangkang, subjek utamanya ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Angle pun sama - tuduh isteri Perdana Menteri itu menyalahgunakan aset kerajaan yang diperuntukkan untuk suaminya.
Kata mamak Syed Akhbar ini, dia mendapat maklumat kononnya Datin Seri Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan ke Indianapolis, Amerika Syarikat bila hakikat sebenarnya Datin Seri tidak pun berada di tempat itu (Indianapolis).
Menurut sumber, jet berkenaan kekal di Amerika Syarikat (selepas Perdana Menteri pulang ke Malaysia) untuk tujuan penyelenggaraan teknikal tertentu - atas alasan sama kenapa Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk balik ke Malaysia.
Sumber yang sama mengatakan Perdana Menteri menaiki pesawat komersial ke Hong Kong sebelum sebuah lagi pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia mengambil beliau terus ke Kota Bharu melawat mangsa banjir.
Jadi dimana benarnya dakwaan Syed Akhbar bahawa Datin Seri Rosmah menggunakan pesawat rasmi kerajaan semasa ketiadaan Perdana Menteri. Kalau benar pun Datin Seri menggunakan pesawat itu apa masalahnya, ia memang sudah dirancang untuk membawa keluarga Datuk Seri Najib bercuti apa!!
Haram jadahnya Syed Akhbar, kumpulannya dan sesiapa pun yang menaja mereka ialah, dakwaan tidak berasas ini dibuat ketika Perdana Menteri tidak menang tangan melayani ribuan rakyat yang sedang berhadapan dengan bencana banjir di bahagian pantai timur, Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Belum ada maklumat yang menunjukkan Perdana Menteri telah balik ke rumah beliau pun di Kuala Lumpur, sebaliknya terus melihat rakyat, tapi manusia hati haiwan ini mengambil kesempatan untuk memfitnah beliau pula.
Tak usah banggalah dengan blog yang kononnya dapat berjuta-juta views, di Malaysia ini blog-blog sampah seperti itu memang biasa dapat ranking tinggi kerana kerjanya menipu ornag 24 jam, siang dan malam.
Ikutkan, tinggi lagi ranking AmenoWorld yang sarat dengan sampah sarap itupun, apa nak hairan dengan blog Syed Akhbar yang kejap tenggelam kejap timbul tu? Bukan rahsia majoriti pengguna media sosial di Malaysia lebih gemar benda sensasi dari fakta dan Syed Akhbar memang tukang jual sensasi, buktinya takdak.
Kalau tidak, taklah Anwar boleh jual temberang senang-senang dan dapat sambutan di Internet.
Penulis harap, selesai menguruskan situasi banjir ini, Perdana Menteri dan keluarga meluangkan sedikit masa untuk 'menguruskan' si Syed Akhbar di Mahkamah. Sudah tentu dia akan padam postingnya, sama seperti beberapa posting berkaitan 1MDB yang telah dihilangkan, tapi jangan risau, kami ada salinannya, bila-bila masa pun boleh bantu.
Kaki minum ini patut diajar bagaimana menulis dengan akal, bukan kepala lutut.
No comments:
Post a Comment