Gambar Hiasan |
Dari Sabtu lepas, membawa ke hari ini, istilah bangang yang ditujukan Perdana Menteri kepada blogger yang dibayar UMNO dan sepatutnya buat kerja pertahan parti tapi sebaliknya kutuk parti, menjadi topik perbualan orang-orang politik.
Isunya disini bukan perkataan bangang itu sendiri, tapi pemilihan perkataan tersebut oleh seorang Perdana Menteri yang disifatkan banyak pihak sebagai tidak sesuai kata mereka.
Bagi penulis, sesuai atau tidak bukanlah persoalannya, Ayat itu memang sesuai bagi menggambarkan blogger yang UMNO bayar tapi tak buat kerja sebaliknya gunakan platform yang selama dibiayai UMNO untuk serang kerajaan dan pemimpin UMNO semula.
Memang nampak kasar tapi kalau dah perlu kasar, kasarlah, nak buat macam mana.
Lagipun, kenapa Perdana Menteri perlu ada sekatan-sekatan perkataan apa yang nak dicakap. Ada pihak marah bila terasa Perdana Menteri terasing dari rakyat kebanyakkan, tapi bila Perdana Menteri guna ayat orang-orang kebanyakkan ini, kenapa pula marah?
Berjiwa rakyat bukan semestinya masuk longkang atau sembur ubat pembunuh nyamuk sahaja, tapi bercakap dalam bahasa orang kebanyakkan juga, dan inilah yang Perdana Menteri lakukan untuk menggambarkan jenis blogger yang semacam ini.
Penulis lihat, yang buat bising ni bukan yang kita tahu bukan tergolong dalam senarai yang UMNO bayar pun, jadi nak terasa apa? Duk diam saja sudahlah.
Yang penting sekarang, Perdana Menteri sebut banyak perkara penting dalam ucapan penggulungan tempoh hari, antaranya pertambahan peruntukkan untuk bumiputera, kepentingan sokongan kaum lain kepada BN dan sebagainya.
Perkara-perkara inilah yang rakyat perlu beri perhatian, bukan satu dua benda yang lebih kepada nasik tambah dalam ucapan beliau saja.
No comments:
Post a Comment