Salah tanggapan tu bila kata perhimpunan agung UMNO hanya bincang hal untung nasib kaum Melayu. Sebagai parti teras BN, perhimpunan Agung UMNO turut bincang hal-hal lain seperti agama, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Cuma sebab dah namanya parti Melayu, sudah tentu perbincangannya membabitkan hak-hak Melayu juga.
Malah perhimpunan agung UMNO pun menjadi platform untuk membaiki hubungan baik antara kaum seperti dalam ucapan penggulungan Perdana Menteri semalam yang menyentuh tentang kepentingan undi kaum lain untuk memastikan BN menang.
Siapa kata perhimpunan agung UMNO hanya bincang untung nasib Melayu saja?
Orang yang kata perhimpunan agung UMNO ini hanya bincang hal-hal Melayu, dia sebenarnya tidak hadir pun perhimpunan itu, sebaliknya dengar dan baca apa yang media pembangkang tulis, lepas tu nak cakap banyak.
Penulis jumpa dua ke tiga orang yang macam ini dan nampak sangat modus operandi mereka sama sahaja. Sesetengah tu penyokong pembangkang pulak, tak faham apa yang dia sibuk pasal perhimpunan agung UMNO.
Apa mereka tidak persoal kongres, muktamar dan konvensyen parti-parti pembangkang yang tidak ada cerita lain selain menuduh BN jahat dan mereka baik? BN mahal dan mereka murah (tapi tak murah mana pun, tengok di negeri yang mereka perintah).
Itu sajalah pun yang menghiasi perhimpunan pembangkang, tidak ada satu benda yang konklusif pun. Ini yang patut di komen, bukan perhimpunan agung UMNO.
No comments:
Post a Comment