Tuesday, November 25, 2014

FELDA ABAI JANJI PERDANA MENTERI KEPADA ANAK PENEROKA?


PERDANA MENTERI JANJI RUMAH HARGA RM 70 RIBU SEUNIT UNTUK GENERASI BAHARU FELDA! 

FELDA BINA RUMAH RM 120 RIBU SEUNIT! BERAPA MAHU JUAL? 

ADAKAH JANJI PM BERTARAF PARIAH DI MATA FELDA?


Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengenal pasti antara masalah utama Felda ialah perumahan generasi kedua yang masih tinggal di Felda sekaligus mengumumkan rancangan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

JUSTERU pada 2012, PM sebanyak dua kali mengumumkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF). Kali Pertama diumumkan di dalam Bajet 2013. 

Kali kedua ketika merasmikan Himpunan Generasi Baharu Felda 2012.  Dalam kedua-dua pengumuman jelas PM nyatakan projek ini: 

1. akan membina sebanyak 20,000 buah rumah mampu untuk generasi kedua Felda.
2. Setiap unit akan dijual pada harga sekitar RM70,000 seunit.
3. Dibina atas tanah Felda.
4. Ambil masa 5 tahun untuk siap sepenuhnya.

Dasar ini bertujuan untuk menyediakan rumah yang selesa serta menaiktaraf hidup generasi baru FELDA. 

Namun apa yang mengejutkan ialah selepas hampir dua tahun pelaksanaan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) ini, jumlah kos pembinaan sebenar yang diketahui ialah sekitar RM 100 - 120 ribu seunit. 


B
agaimana Felda boleh memenuhi janji Perdana Menteri kepada generasi baharu Felda terutamanya generasi kedua untuk memiliki rumah sendiri dengan harga RM70,000.00 setiap unit.

Benarkah  Felda meluluskan kos projek perumahan ini melampaui janji Perdana Menteri hanya kerana ia dicadangkan oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah yang tiada kuasa eksekutif pun? 

Alasan kos semakin tinggi tidak masuk akal kerana ada kerajaan negeri berupaya membina dan menjual rumah dengan harga yang lebih murah daripada itu.


Setakat ini, banyak kerajaan negeri mampu menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) yang berharga RM70 ribu hingga RM95 ribu. Contohnya di Terengganu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan harga Rumah Mampu Milik Rakyat di Terengganu diturunkan dari RM73,000 sebelumnya kepada RM68,000 sahaja, manakala bayaran bulanan diturunkan dari RM323.00 sebulan hanya kepada RM189.00 sahaja. Tetapi mengapa tidak Felda ?

Soalnya berapa ramai generasi baharu Felda mampu beli rumah di kawasan Felda dengan harga RM 120 ribu ke atas?

Lebih serius di mana maruah dan harga diri Perdana Menteri apabila rumah ini siap dan harga yang diumumkan jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh beliau?

MAHU tidak mahu Felda mesti memenuhi janji Perdana Menteri kepada generasi baharu Felda dengan menampung lebihan kos setiap rumah yang dibina. 

Namun, perumahan yang belum dijalankan atau dianugerah tender perlu dikaji semula.

Kita juga mahu, Ahli lembaga Pengarah, yang juga Ahli Parlimen, yang terbabit menaikkan kos ini diambil tindakan kerana beliau sepatutnya menjaga maruah Perdana Menteri dan Barisan Nasional bukannya membuat keputusan sesuka hati.

Tonton video ini yang dirakamkan semasa pengumuman Perdana Menteri! Apakah perasaan mereka apabila mengetahui janji Perdana Menteri mengenai harga rumah mereka akan meningkat sekali ganda dari harga yang diumumkan?



Artikel Berkaitan


No comments:

Post a Comment