Thursday, November 6, 2014

Bogel Pencuri: Inilah Akibat Bila Rakyat Hakim Negara

Satu kejadian pukul dan bogel seorang pemuda yang berlaku baru-baru ini seperti tersebar di media sosial kerana didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal, membuktikan bahawa tak semua orang layak jadi hakim.

Pemahaman mengenai undang-undang dan keadilan ini memerlukan pengetahuan, ilmu dan penelitian hasil latihan bertubi-tubi dan pengalaman bertahun-tahun, bukan boleh kutip entah orang mana letak jadi hakim atau inilah jadinya.

Sementara ramai yang setuju pemuda berkenaan memang layak di ajar sebelum dihantar ke balai polis, tapi tahap mana kena ajar tu perlu ada garis panduan, bukan boleh buat ikut 'dan'.


Islam pun tidak mengajar kita untuk mengaibkan orang di khalayak ramai sedemikian rupa.  Jadi dengan selamatnya penulis berkata, orang-orang yang melakukan seperti itu Melayu pun bukan dan agamanya hanya pada nama.

Perlakuan seperti itu bukan didorong oleh keadilan sama sekali sebaliknya marah dan emosi semata-mata.  Agak malang bila nampak ramai pak lebai di sekeliling tapi tak seorang pun yang menghalang perbuatan tersebut.

Atas sebab yang sama, penulis lihat tindakan Anwar menyeret rakyat dalam soal dia meliwat Saiful  dengan melantik mereka sebagai hakim negara, adalah satu tindakan yang sia-sia.  Penyokong dia semua, mana ada yang cerdiknya pun, tu yang perasan jadi hakim tu sebab Anwar lantik kononnya.

Jadi, janganlah pelik kenapa 'hakim-hakim' negara yang Anwar lantik, menolak semua bukti yang dikemukakan pihak pendakwa dan hanya mahu para hakim memberikan satu keputusan dan satu keputusan ini sahaja - Anwar tidak bersalah.

Kalau akal tu berjalan, baik tak payah diadakan Mahkamah, perbicaraan, lantik peguam apa segala kalau dah tahu keputusannya macam itu.

Anwar pun tahu sebab ini bukan kali pertama dia buat begitu, tapi rakyat mana yang terpengaruh inilah bodohnya.

Tahun 1998 dulupun istilah rakyat hakim negara ni dah diguna pakai, tapi tak jadi satu apa pun, hakim yang betul-betul bersidang di Mahkamah itulah jugalah buat keputusan mengenai nasib Anwar.

Bukan 'hakim' yang atas jalan

No comments:

Post a Comment