<div align="justify">
Kita semua tahu hampir 90% perkara positif dalam dunia ini adalah berkaitan dengan kebaikan.
Kita semua tahu hampir 90% perkara positif dalam dunia ini adalah berkaitan dengan kebaikan.
Pun begitu, dalam keadaan-keadaan tertentu, ada sebilangan kecil perkara-perkara positif ini yang boleh jadi berita buruk kepada yang terlibat.
Antaranya, seperti yang menimpa seorang pemain badminton negara yang didapati positif dadah untuk kedua-dua sampel A dan B nya.
Kita bagaimanapun bersimpati lah dengan nasib yang menimpa pemain tersebut. Dalam pada itu, kita kagum dengan susah payah Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merahsiakan nama pemain berkenaan bila satu dunia dah tahu siapa dia.
Hal yang sama nampaknya tidak berlaku dalam kes doping menimpa seorang atlit wushu negara yang didapati positif semasa sukan Asia yang lepas.
Memang pada peringkat awalnya nama atlit berkenaan tidak disebut tapi itu cuma seketika, tak berapa lama selepas itu tak henti - henti orang menyebut namanya. Macam tidak ada rasa bersalah.
Paling tidak, langsung tak sama macam pemain badminton ini tadi - itu sudah pasti. Persoalannya sekarang, macam mana boleh wujud perbezaan? Takkan dalam sukan pun wujud antara 2 darjat?
Jadi kita suka nak mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya memastikan agar di masa depan, wujud garis panduan membabitkan penyiaran nama atlit yang terbabit dengan masalah dadah ini.
Tujuan diadakan garisan panduan tersebut sebab mahu keadilan untuk semua. Taknak la nanti yang ada pangkal Datuk di depan, seboleh-boleh cuba dirahsiakan namanya, atlit yang kurang ternama, senang saja pulak bocornya.
Nama baik ni bukan kira gelaran, semua orang ada hak yang sama.
Jika garis panduan itu sudah wujud maka nampaknya ia perlu dikaji semula sebab nampak banyak kelompongan yang besar seperti dalam dua kes yang disebutkan di atas tadi.
<div>
<div>
No comments:
Post a Comment