Kita semua tahu tidak ada satu manusia di dunia ini yang bijak semua, tahu semua dan yang seperti itu. Pangkal nama boleh jadi macam-macam tapi kepintaran bukan diikut pada apa yang berpangkal di depan.
Datuk, Dr, Ir,, malah Tan Sri sekali pun, bukan jaminan ada satu masa dalam hidupnya, dia tidak akan buat benda-benda bodoh.
Penulis sepanjang hidup, sudah jumpa macam-macam jenis bodoh, begitupun tepuk tangan dan bagi standing ovation kepada orang yang DIA TIDAK SOKONG - itu adalah jenis bodoh yang baru, dipelopori pula oleh bekas wartawan nama Zainudin Maidin.
Kalau dah tepuk dan bagi standing ovation tu maksudnya sokonglah, kenapa pulak tidak sokong? Ini logik dan pemahaman biasa semua orang. Mana ada orang tepuk dan bagi standing ovation pada benda yang dia tidak setuju?
Tak percaya, cuba diadakan tinjaan pendapat dikalangan 10 orang disusunkan sebaris dengan Zainudin Maidin adalah salah seorang darinya, keputusannya sudah pasti 9 menyokong 1 tidak sebab hanya Zainudin Maidin sahaja yang berpendapat begitu.
Apa yang Zainudin Maidin sakit hati sangat dengan Najib sehingga sanggup buat fitnah kata Najib tidak dapat sokongan UMNO? Janganlah rendahkan taraf wartawan Melayu seolah-olah mereka tidak boleh mengira.
5 negeri kalah tahun 2008 dengan 3 negeri kalah pada 2013, boleh kira beza? 79 kerusi parlimen tahun 2008 dengan 88 kerusi parlimen pada tahun 2013, tanda kejatuhan atau kebangkitan?
Nak kata Najib takdak sokongan Cina, itu betul tapi nak kata Najib takdak sokongan Melayu dan UMNO, lebih baik Zainudin Maidin masuk pembangkang sajalah, senang kita nak layan yang setaraf dengannya.
Lagipun bukan luar biasa bekas wartawan Utusan sokong DAP dan lawan Najib, Hata Wahari dah buat dulu, Zainuddin Maidin boleh jadi orang nombor dua.
Mengekalkan Akta Hasutan bukan keputusan flip flop tapi keputusan majoriti. Macam mana hebat pun kita, tak boleh tolak kehendak majoriti sebab kumpulan ini yang paling berpengaruh dalam pilihanraya.
Zainuddin Maidin jangan samakan Najib dengan siapa juga bekas Perdana Menteri dimana dia pernah berkhidmat. Lain orang lain caranya dan ini cara Najib sekarang. Dan ini bukan keputusan mudah, ambil masa 2 tahun untuk 'diterbalikkan'. Kalau semalam cakap, hari ini dah pusing, itu bolehlah kata flip flop.
Ini 2 tahun tau, bukan sekejap. Oh, lupa, penulis lupa Zainudin Maidin ada masalah dengan angka.

Ada orang tepuk pelan, ada orang tepuk kuat sangat dan ada orang masih tepuk walaupun orang lain dah berhenti tepuk..:)
ReplyDelete