Berlawanan dengan tanggapan sesetengah pihak, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bukanlah orangnya yang menyelesaikan krisis ekonomi 1997. Mahathir mungkin seorang pemimpin politik yang hebat, tapi bab ekonomi, itu ada masalah sikit.
Sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Malaysia dilanda 2 krisis ekonomi terburuk, tahun 1986 dan 1997.
Yang betulnya, otak di sebalik penyelesaian masalah krisis ekonomi 1997 ialah Tan Sri Mohamed Noor Yaakub, pemegang jawatan Menteri Kewangan II yang pertama, dilantik pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sebelum itu, beliau berkhidmat di Bank Negara dan kemudian dilantik menjadi penasihat khas ekonomi kepada Mahathir.
Menurut catatan dalam buku Notes to the Prime Minister: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators tulisan Datuk Wong Sulong, Mohamed Nor Yaakub adalah orang yang dicari Mahathir yang buntu dengan serangan spekulator asing terhadap matawang Malaysia pada 1997, dan langkah-langkah membaiki ekonomi ala IMF yang dilakukan Timbalannya pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pentingnya Noor Yaakub sehingga beliau dibawa menghadap Mahathir pada 2 Oktober 1997 di Argentina untuk mencari jalan bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada bankrap.
Ia adalah Noor Yaakub yang akhirnya berjaya menunjukkan Mahathir jalan yang betul untuk menamatkan serangan ke atas matawang kita dengan mengenakan langkah radikal menetapkan ringgit Malaysia pada kadar RM 3.70 untuk setiap USD1 dollar.
Ia adalah Noor Yaakub yang menutup Central Limit Order Book (CLOB) untuk mendapat balik saham milik rakyat Malaysia yang terdapat banyak disitu dalam usaha menyelamatkan ekonomi.
Ia adalah idea Noor Yaakub, bukan Mahathir.
Mahathir hanya melakukan apa yang terbaik boleh dilakukan nya sebagai ahli politik pada ketika itu - membuat percaturan politik yang betul dengan memilih pendekatan yang dicadangkan Noor Yaakub, bukan pemulihan ala IMF yang dicadangkan Anwar.
Tindakan itu bagaimanapun meletakkan negara dalam risiko tersendiri kerana Mahathir diketahui mempunyai masalah memilih orang yang betul. Ia adalah Mahathir yang membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, mengasuhnya sehingga ke tahap menjadi orang nombor dua parti.
Tindakan itu bagaimanapun meletakkan negara dalam risiko tersendiri kerana Mahathir diketahui mempunyai masalah memilih orang yang betul. Ia adalah Mahathir yang membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, mengasuhnya sehingga ke tahap menjadi orang nombor dua parti.
Setakat itu sahajalah sumbangan Mahathir.
Pada waktu itu pun, Mahathir sebetulnya tidak tahu pendekatan mana satu yang akan membuahkan hasil. Dia mengambil risiko dan kebetulan risiko yang diambil itu memang berbaloi kerana ia berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis tersebut.
Pada waktu itu pun, Mahathir sebetulnya tidak tahu pendekatan mana satu yang akan membuahkan hasil. Dia mengambil risiko dan kebetulan risiko yang diambil itu memang berbaloi kerana ia berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis tersebut.
Begitupun, agak malang bagi Noor Yaakub bila nama beliau seakan hilang dari sejarah setiap kali krisis ekonomi 1997 menjadi topik perbincangan, walhal beliaulah arkitek sebenar yang menjayakan pelan pemulihan tersebut.
Bukan Mahathir.
Kerajaan sepatutnya melihat semula perkara ini dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap jasa dan pengorbanan Noor Yaakub dalam menyelesaikan krisis ekonomi tersebut.
No comments:
Post a Comment