Monday, November 17, 2014

Menjelang PAU2014: UMNO Patut Diperkuat, Bukan Dihambat Isu Remeh Temeh


Sabtu lepas, bermulalah pelbagai aturcara berkaitan dengan perhimpunan agung UMNO 2014 (PAU2014) yang akan diadakan minggu depan.

Dalam masa yang sama, perdebatan megenai isu-isu yang wajar dibawa perwakilan dalam sesi perbahasan nanti, turut menjadi hangat, terutama di kem pemuda.  Ada antara isu tersebut penulis lihat yang relevan, ada yang bersifat mencari populariti semata-mata dan ada juga yang sengaja ditimbulkan untuk melemahkan UMNO.

Sementelah, ada pulak pihak yang cuba melobi perwakilan UMNO tertentu untuk mengenengahkan isu-isu yang dijuarai mereka melalui medium perantaraan masing-masing sejak beberapa minggu lepas.

Antara yang dimaksudkan ialah isu berkaitan 1MDB dan BR1M.  Walaupun dah dijawab, tapi masih ada yang mahu melihat perwakilan UMNO tertentu membangkitkan perkara ini dalam perhimpunan itu nanti, semata-mata untuk melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak lemah.

Seterusnya menimbulkan persoalan, antara kebebasan bersuara oleh para pembahas, dengan keperluan mengukuhkan lagi UMNO selepas PRU13 dan pemilihan yang lepas, mana yang patut menjadi keutamaan perhimpunan kali ini.

UMNO dibawah pentadbiran Najib sebenarnya telah pulih dari tsunami 2008, melihat kepada prestasi dalam PRU13 yang lepas dimana kita berjaya menambah kerusi parlimen dan merampas Kedah dan Perak (kalah dalam PRU 2008 sebelum diambil alih 11 bulan kemudian berikutan 3 ADUN Pakatan menjadi bebas).

BN kekurangan 7 kerusi parlimen berbanding PRU2008 ialah lanjutan dari prestasi merosot yang ditunjukkan parti-parti komponen terutama yang berasaskan kaum cina, bukan UMNO.  Memang sebagai Pengerusi BN, Najib memikul tanggungjawab yang sama, tapi lebih berat lagi tanggungjawabnya kepada kepimpinan parti komponen yang berkenaan.

Atas kapasiti sendiri, Najib lebih bertanggungjawab kepada UMNO dan ternyata prestasi UMNO selepas dan sebelum PRU13, adalah baik.  Ini tidak boleh dinafikan kerana banyak data yang menyokong justifikasi tersebut.

Oleh yang demikian, penulis melihat keperluan UMNO diperkuatkan lagi, bukan dilemahkan dengan isu-isu yang bukan baru seperti pelaburan kerajaan dalam syarikat seperti 1MDB atau pengenalan  sistem pengagihan subsdi baru seperti BR1M.

Semua ini, selain telah dijawab, adalah pendekatan sama yang diambil kerajaan pusat sejak berdekad yang dulu, cuma pendekatan yang dipilih pentadbiran Najib itu sahaja yang berbeza.  Ini bukan kesalahan kerana setiap pemimpin perlu ada gaya kepimpinan tersendiri.  Kalau sama nanti, dikatakan jadi boneka pula.  

Penulis harap perwakilan yang menjadi pembahas dalam persidangan akan datang, melihat keutamaan mana yang patut didulukan, bukan menjadi alat untuk mengukuhkan agenda pihak-pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang diraih Najib selepas mengambil alih teraju UMNO pada 2009.

No comments:

Post a Comment