Monday, November 10, 2014

#Flashback MEI 2014: Tun M Akui Najib Sukar Bertindak Kerana Majoriti Yang Lemah

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, telah melakukan yang terbaik dalam kemampuannya untuk mengekang ketegangan agama dan perkauman.

Namun ia sukar bertindak dengan tegas kerana mandat yang lemah dalam pilihan raya lalu.

Menurut Malaysiakini.com, Dr Mahathir berkata demikian sewaktu ditanya sama ada suasana semasa mencerminkan kepimpinan Najib yang lemah, dan sama ada beliau wajar terus memimpin negara.

“Ia terpulang kepada orang ramai, mereka yang mengundi dia. Najib cuba bekerja dengan baik namun beliau dalam situasi yang sukar,” katanya kepada wartawan hari ini.

“Anda (pengundi) tidak memberikan beliau mandat yang kuat,” tambahnya merujuk kepada keputusan pilihan raya yang lalu.

Kebelakangan ini banyak pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan Mohd Najib yang dilihat gagal mengekang pelbagai usaha mencabar perpaduan nasional menerusi isu agama, kaum dan ekonomi.

No comments:

Post a Comment