Thursday, November 20, 2014

Perpaduan Melayu: Jangan Ada Pihak Cuba Jadi Batu Api


Telah sampai ke pengetahuan penulis bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam sebuah pertubuhan yang mahu menggunakan seorang mantan Perdana Menteri untuk menggangu gugat pentadbiran UMNO yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejauh mana ini benar penulis tidak pasti, tapi dikatakan penganjuran satu forum oleh pertubuhan itu Ahad ini ('kebetulan' hampir dengan perhimpunan agung UMNO), bakal dijadikan platform untuk menghentam kepinpinan negara.

Perbezaan pandangan antara mantan Perdana Menteri tersebut dengan beberapa polisi yang diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kalau dibincangkan secara ilmiah, nampak lebih kepada pertentangan profesional dan gaya kepimpinan semata-mata, bakal dipusing terbalikkan supaya ternampak seperti permulaan gerakan orang Melayu untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Ini bukan kali pertama, pada pemilihan UMNO yang lepas, seorang  pemimpin pertubuhan ini dikatakan bercadang untuk mencabar kerusi Presiden UMNO tapi atas sebab tidak ada sambutan, dia membatalkan cadangan tersebut pada saat-saat akhir.

Tidak mustahil juga, mantan Perdana Menteri berkenaan akan diprovok supaya keluar dari UMNO ketika sedang berucap dalam forum tersebut, seperti mana yang pernah dilakukan beliau pada satu ketika dulu.

Nanti bolehlah menjadi isu besar pada persidangan UMNO keesokkan harinya atau apa yang disebarkan di kalangan mereka sekarang 'bom yang akan meletup'.

Penulis tidak boleh salahkan mantan Perdana Menteri berkenaan kerana pada usia sekarang, kita perlu akui rasionalnya tidak lagi sama seperti dulu.  Ini bukanlah sesuatu yang patut dimalukan tapi hakikat yang perlu diterima.

Yang jahatnya ialah pihak-pihak yang cuba menggunakan beliau untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO yang menunjukkan peningkatan prestasi ketara dalam PRU13 serta beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Mereka inilah yang tidak bertanggungjawab dan pertubuhan orang Melayu berkenaan tidak sepatutnya membiarkan mereka dipergunakan oleh segelintir orang seperti ini.  Dalam keadaan sekarang, perpaduan orang Melayu perlu diperkukuhkan dari segala segi, bukan dilemahkan.

No comments:

Post a Comment