Sunday, November 9, 2014

Tak Perlu Bubar, Tapi Berubah


Cadangan sesetengah pihak yang mahu UMNO Selangor dibubarkan pada penulis nampak agak keterlaluan. Memang kegagalan dalam PRU13 yang lepas nampak nyata tapi pembubaran UMNO negeri bukan jalan terbaik.

Umpama marah seekor nyamuk, bakar rumah, tak bakar kelambu.

Pun begitu mesej yang cuba disampaikan dari cadangan pembubaran tersebut jelas - UMNO Selangor perlu membuat perubahan drastik untuk mengubah nasib mereka sekarang ke arah yang lebih baik dalam persediaan menghadapi PRU14.

Tak perlu buang masa mempertikaikan pihak yang mencadangkan pembubaran tersebut, sebaliknya cari jalan segera bagaimana nak mengembalikan semula negeri Selangor dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Dalam masa yang sama, UMNO pusat juga perlu menghentikan memberi peruntukan besar kepada negeri -negeri yang kalah. 

Walaupun tujuannya untuk menawan semula negeri tersebut, tapi ia juga  boleh menyebabkan kepimpinan UMNO negeri yang berkenaan rasa seronok sebab dapat banyak peruntukan banyak dari orang lain yang kita bimbang diguna untuk diri sendiri lebih dari menguatkan parti.

Peruntukan selepas ini perlulah dihadkan untuk membantu rakyat, supaya nampak UMNO ini berkhidmat.  Penyaluran peruntukkan melalui pemberian projek-projek juga perlu dikaji semula kerana sistem itu nampak boleh dimanipulasi untuk kepentingan diri.

No comments:

Post a Comment