SESIAPA yang mendengar dan menghayati ucapan perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebentar tadi oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasti dapat mengesan sindiran tajam yang disasarkan entah kepada siapa di dalam dewan tersebut.
Beberapa 'quotation' di luar konteks seperti "siapa boleh jawab saya bagi RM10", "tak faham takpe (mengapa), dengar saja","tak perlu tepuk", "yang ini boleh tepuk" dan sebagainya, semua ini adalah kenyataan yang sifatnya 'di luar kebiasaan' pemimpin veteran itu.
Penulis lebih cenderung untuk percaya bahawa Muhyiddin cuba menyindir Pemuda UMNO yang kelihatan sambil lewa sepanjang beliau memberikan ucapan itu. Sebagai sebuah organisasi yang agak besar dalam UMNO tapi kurang memberi kesan berbanding Wanita dan Puteri, Pemuda memang sasaran mudah.
RM 10 yang ditawarkan Muhyiddin kepada perwakilan yang boleh menjawab soalan mengenai isu perumahan dalam ucapannya tadi, walaupun dari satu sudut adalah satu jenaka, tapi ia juga boleh ditafsirkan sebagai 'nilai' sebenar Pemuda UMNO di mata Muhyiddin.
Setakat dakwa ada peranan tapi hasilnya boleh dipertikaikan, maka nilai RM 10 itu memang cukup mahal bagi sebuah pergerakan lemau seperti Pemuda UMNO. Silap-silap, nilai itu mungkin terlalu besar, kalau bagi pada penulis, RM 1 pun sudah cukup.
Maka itu, untuk memastikan Pemuda UMNO terus relevan, perubahan perlu berlaku dalam pergerakan itu. Sikap syok sendiri yang menjadi budaya dalam Pemuda sekarang perlu dihakis atau pemimpin pergerakan itu yang tidak berkeupayaan mencapai sasaran tersebut, perlu diundurkan.
No comments:
Post a Comment