Tuesday, November 25, 2014

Kenderaan Rasmi Ketua Pembangkang Selangor Bukan Keputusan Azmin


AZMIN Ali sejak mengambil alih teraju kerajaan Selangor, gemar mengambil kredit atas apa yang sebenarnya telah diluluskan oleh orang lain.

Contohnya bila semalam Azmin mengumumkan ketua pembangkang DUN Selangor akan menerima kenderaan rasmi yang disediakan kerajaan negeri.  Pengumuman itu disambut secara besar-besaran termasuk di kalangan ADUN Pakatan sendiri.

Tak sedar rupa-rupanya perkara tersebut telah diluluskan sejak zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar lagi.

Sebelum ini dalam soal penyelesaian isu pemulangan Bible, Azmin digambarkan sebagai orang yang bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut - sesuatu yang gagal dilakukan Khalid Ibrahim sebelum ini bila sebenarnya Azmin tidak terlibat sama sekali, sebalik pihak Istana yang buat semua keputusan tersebut.

Azmin sebenarnya menggantikan kenderaan rasmi sekarang dengan model kereta yang lebih baru, itu saja, keputusan menggunakan kenderaan rasmi ini, pentadbiran dulu yang buat, bukan Azmin.

Dalam masa yang sama, timbul persoalan macam mana ADUN-ADUN Pakatan tak sedar akan perkara ini (kerajaan negeri memang sedia kenderaan rasmi untuk ketua pembangkang)?  Mungkinkah mereka terlelap ketika perkara ini diluluskan atau memang tidak mahu ambil peduli, akhirnya malu sendiri.

Nak kata semuaya wakil rakyat baru, tak juga kerana menurut laporan beberapa portal pro pembangkang, antara yang mempersoalkan perkara ini ialah ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim yang dulu pernah menjadi Speaker Dewan!!

Inilah padahnya bila pilih wakil rakyat berdasarkan emosi, bukan kredebiliti dan keupayaan memimpin.

No comments:

Post a Comment